Alhamdulillah, berjaya aku hadapi satu lagi bulan Mac dalam hidupku.
Esok dah masuk bulan kelahiran aku dalam kalendar Masihi, April.
Sepanjang bulan Mac tak ada apa yang menarik, hidup aku macam biasa.
Kelas, ujian silih berganti, Sylvie datang je yang mungkin istimewa.
Selain dari Sylvie datang, kelas macam biasa, rutin aku tak pernah berubah.
Bulan April ni, 2 minggu ada cuti, jadi separuh bulan rutin aku berubah kot.
Dah masuk musim bunga dan tukar jam tambah 1 jam ni, lain sikit rasa.
Bunga dah makin banyak, warna warni. Siang makin panjang.
Tapi nak tangkap gambar tak cukup bunga lagi.
Aku macam biasa kalau nampak bunga senyum seorang diri lah.
Sebab dah dekat musim panas, 3 bulan lebih saja lagi.
Nak balik bercuti di tanah air tercinta Malaysia!
Sekarang siang makin panjang, Maghrib masuk jam 840, Isya 940.
Lagi lah terasa musim sejuk dah berlalu pergi.
Tapi kadang-kadang tetap hujan dan angin kencang, sebut kat La Rochelle!
Untuk destinasi aku lepas pra universiti ni, aku tak nak tempat berangin.
Aku tak akan pilih bandar tepi laut, seksa rambut terbang, hehehe.
Ok lah, nak baca kimia sikit lagi. Esok ujian terakhir, kimia sebelum cuti.
Habis je ujian esok, memang otak aku terus bercuti secara tak rasmi.
Esok malam United lawan Roma. Harap dapat pesta gol lagi lah kali ni.
Oh ya, satu lagi sebab aku nak jadi cikgu atau pensyarah.
Sebab mereka ada ramai pelajar untuk doakan mereka!!
Aku lepas solat aku doa cikgu aku. Ala, doa yang sekali untuk ibubapa tu.
Bayangkan ada 100 pelajar doakan untuk kita!
Nak ada anak 100 hampir mustahil kan?? Hehehe.
Lepas tu, nak miliki kedai kek sebab selain aku suka kek, aku suka berniaga.
Kan berniaga ni pekerjaan Nabi kita, 9/10 punca rezeki kan.
Tahniah diucapkan kepada Kak Faizah dan Art di Poitiers atas kelahiran puteri baru!
Gembira sangat Art, terus sms aku lepas selamat Kak Faizah bersalin.
Lawak lak dia ni, dengan aku tumpang gembira, terus telefon dia.
Awal seminggu dari tarikh ramalan. Keluarga dari Malaysia tak sampai lagi.
Kesian pulak tak ada orang nak tolong jagakan.
Kerja keras la hang ye Art.. Ha ha ha.
Insya Allah nanti bila Kak Faizah dah habis pantang, segar sikit aku nak gi tengok.
Kalu gi masa sekarang tak boleh makan nasi lemak dia, ha ha ha!
Tadi terkejut beruk aku baca cerita pasal Sufiah budak pandai tu.
Aku harap aku mampu guna akal aku tangani tekanan aku, Insya Allah.
8 commentaires:
kak faizah dah bersalin ke?
waa!! best nye dapat baby.
anak2 kak faizah pun seme comil2,
:)
sufiah mane ni weh? tak tau pun?
hepi buffday to u pakcik
hehehe..
kim slm kt kak faizah+abg art k
hehe.mst comey bby dorg
yie.. perniagaan tu 9/10 dari punca rezeki bkn 1/10..hehe
betulkan fact jer..
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
yup da slamat bersalin, Alhamdulillah.
hubby dia art bukan men hepi sms aku smalam.. ha ha ha
bace utusan semalam ade..
sufiah yang dapat masuk oxford mase 13 taun tu.
@ mia
ape ni tak masuk ag da wish.. tanak aa...
hehehe
baby kite lagi comey.. =p
@ adik
erh, merci beaucoup!!
dok sedor saloh tulis, sori2. hehe
K-riey,
Good Luck for all of your exams. Eee...tak sukanya exam. Lega sekarang ni tak payah lagi struggle untuk exam tetapi, sebenarnya peringkat ini paling susah.
Salam dan tahniah buat Faizah. Muga dia dan baby sihat.
oih..dah berangan baby ngan cik mia tu? =D
mu gi ane utk pre-U?
kriey, muahaha, ye ye, baby muorg lagi comil :P
kim salam kat kak faiza ye, aku teringin nak ade baby dowh :p
hurm, aku dah bace pasal sufiah tu, kesian nye,nauzubillah, mintak jauh seme tu jadi kat kite....
@ kak zlaa
tu la pasal..
exam dan test ni satu tekanan..
tapi nak wat camne, kene paksa diri terima dan enjoynye.. hehe
@ ash
biase aa jadi ayah pin wat istana kayangan, hehe.
ade aa beberape tmpat dlm pale aku.
nok gi lawat dulu mase cuti tgk keadaan.
@ k h a z i n a t u l a s r a r
huhuu.. sian lok ke dia.
arap ok balik nanti
Enregistrer un commentaire