Tangan aku tengah kering lagi gatal ni. Ada 2 sebab.
Sebab pertama, gel mandi Palmolive yang aku guna untuk basuh tangan dan mandi.
Aku dulu ingat kulit gatal sebab penyakit kulit.
Rupanya sebab guna gel tu. Bukan aku reka, tapi aku ada hujah untuk menyokong.
Bila aku tukar guna Dove je terus tak ada masalah kulit gatal dan kering ni.
Bau Dove tu pun lagi wangi dan lembut bagi aku.
Sampai aku suka sangat cium tuala mandi aku sebab kuat bau Dove ni.
Sebenarnya bau badan aku yang sedap tu, bukan Dove. Hehe.
Dan sekarang gel Palmolive tu cuma jadi pencuci tangan aku.
Tak kan nak buang macam tu saja kan, sekurang-kurangnya guna lah.
Seksa gak tangan aku asyik kering je guna gel ni sebagai pencuci tangan.
Tapi tahan je lah, tangan je kan. Tak boleh hidup aku kalau tak cuci.
Lepas masak, tangan berminyak kena basuh dengan sabun.
Nak tak nak, terima je lah kekeringan kulit tu seadanya. =)
Masa aku cuti baru ni, aku tumpang bilik Asip di Blois dan Ayen di Colmar kan.
Kedua mereka guna Palmolive, dan kulit aku gatal bila aku gatal guna sekali.
Jadi makin kuat bukti Palmolive ni tak ngam atau sesuai dengan kulit aku.
Tapi kat Malaysia tak pernah aku alami masalah guna Palmolive ni.
Mama aku lah yang ajar aku guna gel ni. Bau dia pun wangi.
Tapi sekarang cinta aku berubah pada Dove la. Hehehe.
Sebab kedua, tangan aku gatal sebab nak menulis di sini.
Entah kenapa aku rajin tulis sekarang. Hampir setiap hari kan.
Hari ni aku bangun lambat sebab kelas Kimia mula jam 1000 pagi.
Semalam pun aku tidur lambat, sebab dah tau ada masa nak tidur lama kan.
Pergi kelas Kimia macam biasa, tamat jam 1200 tengah hari tadi.
Balik ke bilik makan tengah hari cepat-cepat.
Kemudian bergegas ke Lycée Valin ada amali Mécanique dan Chimie(Kimia) sana.
Oh ya, pelik aku satu dua hari ni La Rochelle kembali sejuk.
Suhu malam 0° je, boleh beku aku kalu tak pakai baju kat luar rumah.
Tadi naik basikal ke lycée tu pun nak beku tangan aku.
Sejuk sangat angin kuat, lupa nak pakai sarung tangan.
Lepas amali tu aku ke kelas bahasa. Mula jam 1600.
Prof Kimia aku bagi balik awal la untuk kelas bahasa ni.
Kelas bahasa ni kali pertama sebab ni aku kena pilih satu pilihan.
Aku pilih opsyen Lagu Perancis sebab kelasnya hari Rabu.
Jadi Jumaat aku boleh lepak petang tu.
Aku sampai tadi terkejut gila, ramai sangat orang sampai 25.
Penuh satu kelas. Aku nyaris di halau, tapi dia terima lagi.
Geram aku prof aku tak cakap awal yang ada had bilangan pelajar untuk kelas ni.
Tak pasal-pasal aku kena pilih opsyen lain nanti.
Kelas ni aku suka sangat sebab santai, prof pun semangat ajar.
Kami belajar lagu, dengar sambil penuhkan lirik dia bagi, ada tempat kosong.
Kira berlatih tangkap cara sebutan perkataan dalam lirik lagu tu.
Sebelum balik kami nyanyi ramai-ramai. Prof main gitar.
Seronok kelas ni, santai je. Harap dapat kekal dalam kelas ni lah.
Tak nak aku kelas petang Jumaat. Nanti aku ponteng baru tahu.
Malam aku lepak kat bilik je, sambil layan bola.
Real Madrid kalah lawan Roma, macam tak percaya je.
Banyak kejutan musim ni, semalam Milan kalah lawan Arsenal.
Jadi tinggal Barcelona je wakil Sepanyol, sambil Itali berharap Inter iring Roma.
Sedih aku Porto kalah, aku harap Porto dapat pergi sekali.
Tapi hati aku berbelah bahagi untuk Porto, sebab dia lawan Schalke.
Aku pun nak Schalke dapat sebab dah tak ada wakil Jerman lain.
Porto pula ialah satu-satunya wakil Portugal. Nasib lah Schalke layak.
Sengit macam Fenerbache lawan Seville semalam, sampai penentuan penalti.
Aku harap United pujaan hatiku lawan sama ada Schalke atau Fenerbache suku akhir.
Kalau dapat Arsenal, Chelsea, Roma ke pun tak kisah, boleh makan je.
Erm, nak tidur. Esok nak jumpa maths.
Haa, sekarang aku dah ingat nombor kad kredit Visa aku tu.
Tadi beli tiket bas Barcelona-Madrid betul beb aku taip nombor tu.
Tak tengok kad pun, hehe. Nampak sangat dah banyak guna kan.
5 commentaires:
eh, aku gune polmolive tade mende pung, molek je, wangi harum seperti aku pulop tuh :p
haha, tapikan, kalo tak silap aku,kalo kat msia takle gune dove nih, tak halal wasenye. tp kat france aku tak tau r. nnt aku cek mula. :]
aku ade dgr pasal Dove Malaysia tu.
Tapi aku tak brape suke bende tadop bukti kukuh gini.
Macam Pringle orang kate haram dulu.
Padahal mane de, bende tu ade tulis sesuai utk vegetarian, so halal laa
beb,ok je org gne palmolive.and u noe wat, i use palmolive cz dlu u pnah ckp u gne yg tu.hik
*gedik mode*
hehehe..
palmolive kat Malaysia is fine and very good to me.
but i wonder why not here.. huhu
btw da jatuh cinta dengan Dove la dear.. =p
Enregistrer un commentaire