Hujung minggu aku berlalu.
Lepak di bilik je, masak kari ayam tengah hari.
Makan tengah hari sambil riak dan takbur puji diri sendiri yang pandai masak.
Ha ha ha.. Sungguh sedap gulai ayam air tangan aku tu.. =p
Baca berita di internet, semua aku baca.
Pak Lah ditekan hebat untuk meletak jawatan tapi dia tak terpengaruh.
Agak menarik mengikuti perkembangan politik Malaysia sekarang.
Aku cuma berdoa agar keadaan akan aman harmoni di Malaysia.
Sambil berharap hak istimewa orang Melayu kekal.
Pada masa yang sama integrasi kaum, hubungan antara kaum kekal aman.
Tanpa persengketaan dan rasa tak puas hati, amin.
Takut dan pelik bila PAS dan Keadilan tak nak campur DAP di Kedah.
Sama juga di Penang bila DAP dan Keadilan tak campur dengan PAS.
Apa salah kalau gabung semua kan.
AKU TAK KATA AKU SOKONG MANA-MANA PARTI!
Kepada yang membaca, sila baca tulisan aku yang sebelum yang ni dan komen.
4 commentaires:
Wa, entry mu sungguh berbau kari ayam masak politik . muahahaha :D
xtaw nk komen ape.
gabung r semua take over msia.sng cite.ble pm kte non-malay one day,duno wat will hppn to org melayu.sm cm spore
emm...
susah2.. sbb ideologi pas dan dap mmg bertentangan. Macam kari ayam dengan sambal tempoyak, xleh bercampur.
Pas menjungjung Islam masakan boleh berdiri tegak dengan sekularisme yg dibawa dap.
Cuma, keadaan di Perak agak berlainan kerana perak merupakan negeri melayu beraja namun byk kerusi dimenangi dap.. so.. ada conflict ble dap xmau mengalah kpd pas kerusi MB perak..
dan menurut rakyat2 melayu perak, mereka xredha jika kerusi MB perak jatuh ke tangan dap.
so.. mmg xplek ble dua parti bawa ideologi berbeza xdpt bergabung..
bau kari tu pembangkit selera..
DAP dah tak nak join DEB..
permulaan baru.
kite nak bergantung pada sape..
nak gantung pada B* dia korup..
nak gantung pada B* nasib kite terancam semacam..
susah sangat mau je rampas kuasa lantik diri sendiri jadi PM.. huhu
Enregistrer un commentaire