vendredi 25 avril 2008

'Brand X' bantu penduduk pendapatan rendah

KUALA LUMPUR 25 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkenalkan barangan keperluan asas yang dijual dengan harga lebih murah khusus untuk golongan berpendapatan rendah.

Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu bagi membantu golongan berkenaan menyerap kesan kenaikan harga barang keperluan.

Beliau berkata, barangan itu pada masa ini dipanggil sebagai 'Brand X' dan ia antaranya mencakupi susu, tepung, gula dan beras.

"Semua barang ini berada dalam kategori gred asas, kalau beras ia bukannya beras super dan kalau tepung pula ia bukan yang diperkaya dengan vitamin.

"Ia tidak melibatkan banyak iklan manakala pembungkusannya amat ringkas, jadi ia tidak memerlukan kos yang tinggi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Konsep Brand X yang merupakan idea Shahrir sendiri, disebut oleh Penolong Setiausaha Jabatan Perancang Polisi KPDNHEP, Shila Dorai Raj pada seminar awam "Kenaikan Harga dan Kebajikan Masyarakat: Langkah Masa Kini dan Masa Depan" anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) di sini hari ini.

Shahrir berkata, Brand X adalah menyamai konsep barangan keperluan dijual rangkaian pasar raya mega, Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco) yang menggunakan namanya sendiri sebagai jenama.

"Walaupun Brand X merupakan produk asas, kualitinya menyamai jenama-jenama lain," katanya.

Mengenai saluran pengedaran produk terbabit, beliau berkata, kementerian akan memastikan ia sampai kepada kumpulan sasaran.

Katanya, antara saluran yang dipertimbangkan ialah Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), Kedai Felda dan kedai-kedai di kawasan luar bandar.

"Di kawasan bandar pula, kita akan kenal pasti kedai-kedai runcit yang terletak di kawasan penempatan golongan berpendapatan rendah," katanya.

Ditanya mengenai pihak yang mengeluarkan produk Brand X, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan oleh sebuah syarikat milik kerajaan (GLC).



-Artikel ihsan UTUSAN-

Kat Malaysia baru nak buat bende ni ke..?
Biar betol Tesco je baru buat.
Sini hampir semua supermarket buat.
Dan barangnya macam gula, tepung tu kualiti macam sama je.
Tak ada lah gula dia kurang manis ke.

Apa lagi nak bebelkan ek? Haaa.. Aku tau.
Sekarang ni aku tengok ramai orang obses dengan gambar.
Kalau ada program kat Perancis ni, makin ramai jurugambar.
Setiap seorang tergantung SLR kat tengkuk masing-masing.

Nanti semua jadi jurugambar, siapa nak jadi model kan?
Jadi bersyukurlah pada aku yang tak gilakan SLR ni.
Aku jadi model anda.. Hahahaha.

Tetiba cakap pasal ni sebab aku tengok ramai sangat gilakan ni.
Aku, cukuplah telefon Sony K800i dan Microsoft Picture Manager saja jadi pelengkap gambar aku.

Lantak lah di mata orang lain gambar aku tak cantik.
Asal di mata aku cantik.

Lagipun aku tak suka bawa banyak barang berasingan.
Cukuplah dengar lagu, kamera dan telefon dengan Sony K800i aku tu.
Lagi-lagi lepas kamera digital aku kena cilok kat London hari tu.

Aku macam biasa, aku anggap nilai sesuatu benda berkurang bila kuantiti terlalu banyak.
Hal yang sama bagi kamera, SLR nih.
Dulu macam ekslusif tapi sekarang tak ada nilai bagi aku.

Aaahh.. Lupa lak apa nak dibebelkan! Tadi ada saja.

Sekarang aku tengah batuk dengan kahak, lendir.
Seronok buka tingkap, ludah macam Leo Di Caprio ajar Kate Winslet dalam Titanic tu, hehe.
Rasa macam aku jadi Jack(Leo Di Caprio dalam Titanic) lah.
Cuma tak ada Rose DeWitt(Kate Winslet) je untuk dipeluk dan depa tangan kat hujung kapal. =p

3 commentaires:

fsj a dit…

yek.kotor, hahaha, minum air bebanyak, baru lege tekok,

aku pun minat SLR sebenarnye,
tp bile pikir balik, kamere yg aku ade pun aku tak berape nak explore, ckup la dulu dgn ape yg ade :D

zlaa a dit…

Kat sini kita dah lama guna barang 'smart price' je. Lebih kurang Brand X kat tempat kita nanti. Tapi, adakah ianya akan betul2 murah macam barang 'smart price' di sini?

Entah-entah kat sana brand X saja yang akan dibeli. Jenama lain semua orang tak beli sebab nak jimat, atau tak mampu.

Atau-pun siapa yang tak pakai brand X akan rasa statusnya tinggi. Macam-macam boleh jadi..

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
aku naik luga ramai sangat tergantung kat tekak.. ha ha ha

@ kak zlaa
yup, same la di UK dan France.
macam kalu gi carrefour, barang cap no1.
kalu super U, bien vu.
memang macam brand X yang dalam paper tu la.
pape hal, kite tengok macam mane perlaksanaan dan barang X kat Malaysia.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?