dimanche 27 avril 2008

Detik terakhir sebelum tinggalkan usia belasan tahun.


Tiada apa yang paling nikmat di malam dingin.. Melainkan..
Mandi air panas setelah letih beraksi di padang bola bergelumang dengan peluh. Hehehe
Aku ni baru lepas mandi, segar sangat rasa badan. Sedap tidur ni.

Hari ni aku tidur lepas subuh beb. Tu pun aku paksa diriku tidur.
Semalam balik makan kebab dan main pool pukul 2 lebih.
Duk main internet, Fifa sambil tunggu masa nak telefon bakal bini aku.
Dia tengah makan pagi, nak cari barang untuk ke BTN.

Sedar-sedar aku solat subuh, dah cerah terus aku paksa diri aku tidur.
Tidur jam 7 pagi tapi aku bangun jam 11 pagi lebih.
Aku kalau tidur, tak kira awal atau lewat mana pun, mesti tak lebih pukul 11.

Lepak di bilik, petang tu main bola dengan budak Arab. Benci!
Mereka badan besar, dah lah kasar. Orang Perancis lagi baik.
Biarlah orang Perancis kafir laknat, Arab tu Islam pun.
Dah kalau perangan macam setan, geram juga aku ni.

Orang tanya aku, apa penerimaan orang Perancis, Eropah terhadap Islam.
Aku jawab, aku suka layanan mereka berbanding layanan Arab yang Islam.

Lepas mandi ni memang sedap je main, belai rambut baru lepas syampu.
Aku dah serabut dengan rambut aku masa main bola.
Panjang macam Batistuta, main entah macam apa, hehehe.

Saja je mencoret di sini sambil tersedar diri nak tambah usia.
Kalau ikut kalender Islam, aku lahir 10 Ramadhan dekat maghrib.
Kalau lepas maghrib mesti kira 11 Ramadhan kan?

Dan tak pernah terlintas sama sekali di fikiranku bahawa aku akan tinggal tanah air tercinta Malaysia seawal usia 18 tahun.
Aku selalu je berangan nak belajar di negara sejuk dulu, tapi aku tahu persediaan 2, 3 tahun.
Sekali dapat tawaran ke Perancis yang persediaan 3 bulan saja ni.

Dan tak pernah terlintas di fikiranku sebelum usia 20 tahun aku boleh jalan di banyak negara.
Keluarga aku bukan kaya, bukan boleh senang-senang nak jalan ke Eropah.
Bagi kami dulu, benda ni teramat sangat mahal dan eksklusif.

Senang-senang saja sekarang aku dah ke England, Belgium, Belanda, Sepanyol, Jerman, Switzerland dan Maghribi.
Terima kasih kepada anda yang membayar cukai.

Oh ya, tadi ada entah siapa telefon aku masa mandi.
Aku hubungi balik, masuk peti suara.
Aku tak tahu nak cakap Bahasa Perancis, Malaysia atau Inggeris.
Akhirnya aku cakap ketiga-tiga. Macam poyo je!

Dan sekarang aku tak hairan Ferguson sepak but ke Beckham sampai berjahit.
Aku pun akan buat gitu kalau aku jadi pengurus. hehehe.

Aku tak suka pun rambut panjang ni, cuma mencuba sekali seumur hidup.
Bila lagi nak cuba, nanti kalau ada temuduga, nak kerja kena rambut pendek.
Masa ni lah kejap nak cuba. Yang aku tahu, aku tak suka rambut panjang.
Botak aku dah cuba masa tingkatan 5 pun tak suka.

Abah aku pun cuba rambut panjang juga masa muda dulu.
Kalah rambut aku tu, dah la sekarang dia dah botak, Hehe.
Jadi jangan lah marah aku cuba rambut panjang ni ok.

Dan sudah tentu aku bersyukur pada Allah atas segala nikmat yang dia bagi pinjam ni.
Aku sebagai hamba yang lemah hanya mampu bersyukur, buat sedikit ibadat pada-Nya.

Sekarang aku rindu buah hati aku yang kena pergi BTN tu.
Bila rindu aku pakai baju dan jaket dia bagi, terubat rindu.

7 commentaires:

fsj a dit…

alhamdulillah, insaf kejap aku bace entry ni.
life is unpredictable,
mu belajo la memolak dinun,
amek kesempatan yg ade,
aku pun teringin nak gi europe.
ok, bonne chance :)

Faizah a dit…

Salam..Selamat Hari Lahir ke 20 tahun..Semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran mendatang..Selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki..semoga success selalu..

Hari jadi Khairy sma dgn ayah art!Kami ada dinner malam ni..kalau dekat leh sambut sama2 kan..

fsj a dit…

k-riey! selamat ulangtahun ke 20, selamat meninggalkan zaman belasan.. syok oow 20, aku suke 20 :D, semoge mu berjaye,, bhagie dunie akhirat and cepat kawen, ha amin cepat. hahah. doakan aku retep tuh :p

daa!

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
Merci beaucoup!
Same2 kite doakan semuanya ok dan berjalan seperti diharapkan, amin.
kmpul la duit elaun tu kan byk, jalan2 pusing europe ni.
bile lagi nk jalan2 kalu bukan mase blajo ni.

@ kak faizah
merci beaucoup kak!
saye ingt gak hari lahir ayah art sebab taun lpas akak ade tulis entry tu kan, hehe.
kirim salam kat semua!

dnieAlias a dit…

happy birthday frm trg...
guess we've lost one member of the teenage club ey..
all the best ahead..
btw...so i got tagged..then what?
what shoudl i do..haha

victoire a dit…

thanks alot amoi!

haa.. kene laa buat tag tuh! ehehe

Anonyme a dit…

hey rindu?
im back!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
oo yeah
BTN roxx!

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?