Alhamdulillah.. Akhirnya bermula cuti 2 minggu..
Gembira di hati bukan kepalang.. Pelajar normal mesti suka bila cuti.
Yang tak normal je tak suka cuti-cuti ni kan.
Tak sabar nak jalan-jalan antara benua masa cuti ni. Antara benua? Hehehe.
Ok, tengok balik apa aku buat 1, 2 hari sebelum ni.
Hari-hari aku macam biasa sahaja, cuma Khamis saja agak lain.
Sebab Khamis baru ni aku dapat satu pengalaman baru.
Pengalaman menderma darah.. Ceritanya macam ni..
Aku mulakan hari tu dengan kelas Fabienne pukul 9 pagi.
Kelas dia habis lebih kurang sebelum pukul 12 tengah hari.
Aku tak balik terus, sebaliknya pergi makmal komputer, online kat situ.
Sebab aku lupa nak keluar ayam, balik tak boleh masak terus kan.
Lepas lepak agak lama, aku balik keluar ayam kemudian ke kelas bahasa.
Masa nak ke kelas bahasa, ternmpak van untuk derma darah tu.
Entah ada kempen apa, sebelum ni dah nampak poster benda ni.
Oleh sebab kelas bahasa aku lagi 30 minit, ada banyak masa tu.
Aku hampiri van tu, ada Li Shern dan seorang amoi.
Rupanya amoi tu budak Malaysia, pelajar persendirian.
Li Shern tunggu Omar dan Fan nak derma darah kat dalam van tu.
Amoi tu pun nak derma sekali, tunggu masa nak naik van tu.
Aku yang memang tak pernah derma darah rasa nak mencuba.
Aku ingat dia nak ambil satu jarum je, rupanya 1 beg ek, hehehe.
Cuak kejap, tapi kawal macho beb.. Ehehehehe..
Aku ke tandas sementara tunggu giliran aku masuk van tu.
Masa ke tandas sempat datang idea untuk larikan diri, =p.
Ada rasa macam budak lari nak bersunat dengan tok mudim lak, hehe.
Tapi mana boleh.. Jatuh saham aku dah cakap besar nak derma tadi..
Aku gagahi, beranikan diri. Penakut juga rupanya aku ni yea.
Aku cakap kat pekerja, nak derma darah.
Dia cakap tunggu, nak tanya doktor boleh ke tak.
Sebab dah nak habis, masa dia sampai pukul 2 petang saja.
Akhirnya doktor cakap, aku orang terakhir. Tak terlepas aku kali ni, hehe.
Sambil isi borang aku isi perut aku dengan kek dan jus kat van tu.
Nak derma darah dia suruh makan banyak benda bergula.
Lagipun aku tak makan lagi. Dia paksa minum paling kurang 2 gelas jus.
Siap makan dia panggil suruh jumpa doktor.
Macam biasa doktor tanya pasal latar belakang ada sakit apa-apa.
Dia tanya pernah ke Amerika Selatan tak, aku jawab belum sampai lagi.
Habis tu mak kamu dah sampai sana, dia tanya. Aku cakap Insya Allah. =p
Lepas ditemuramah oleh doktor tu, aku pun pergi ke kerusi nak derma darah tu.
Sebelum tu aku sempat bermesra dengan orang yang nak hisap darah aku tu.
Kan tadi Omar dah derma, aku tanya lah ambil berapa gelen.
Katanya tak ambil setitik pun, tak jumpa salur.
Aku pun mengilai lah kuat-kuat sampai dia cuak tengok, hehe.
Seterusnya dia cucuk jarum selebar ubat pensil mekanikal 1.0.
Ala, macam karbon pensel 2b Noris Steadler tu, yang tumpul.
Darah raja bersiung yang mengalir dalam badan aku ni pun dikeluarkanlah.
Siapa agaknya yang bertuah dapat darah aku ni nanti ek?
Dulu baca Misteri Naga, aku minat Satria Naga Baran.
Dia ni keturunan Satria Naga, darah dia digelar 'Darah Naga'.
Dia ada 3 pengikut yang sangat setia, digelar 'Penunggang Naga'.
Penunggang Naga Darat, Laut dan Udara.
Yang darat paling setia, nama dia Larhalt. Semua mati dalam pertempuran.
Darah Naga Baran kononnya dapat hidupkan kembali orang yang berazaman tinggi.
Dia tumpahkan darah dia atas tiga penunggang naga tu.
Larhalt je yang berjaya. Tetiba mengarut ke sana aku ni, hehehe.
Lepas siap lebih kurang 10 minit kot derma, dia balut tangan aku.
Dia suruh pergi makan sekali lagi, nak jana darah balik kot. Jahil Bio!
Akhirnya aku berjaya dapat alasan nak masuk kelas lambat, ha ha ha.
Lepas tu hidup aku macam biasa, tak ada yang lain, rutin biasa je.
Oh ya, pagi tadi dapat panggilan, visa aku dah siap, yay!
Boleh aku pergi ke tempat yang aku nak pergi tu, hehehe.
Nanti aku cakap balik pasal rancangan cuti aku. Nak tidur dulu, dah mengantuk ni.
3 commentaires:
derme darah? scary nye,
"saye takot jarum...
tahun lepas saye dah derme.."
hahah. ko igt lagi tak iklan era ni ?:D
hoho
aku pnah nak try derma darah
blm pape lg
aku org 1st yg pitam
last2 aku xderma tp aku dpt biskot2, teh dan pelbagai lg
huhuuhau
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
yup aku ingat iklan tu!
iklan tu berngiang2 di tlinge aku mase tu, hahaha.
@ kayne
bakpe lok pitam.. ha ha ha
ni kalu kene sunat ngan tok mudim dok tau aa gane. hehe
Enregistrer un commentaire