dimanche 4 mai 2008

Buat-buat sibuk..

Heh, baru ni bukan main rajin tulis kat sini.
Sekarang dah jarang balik tulis. Bukan sebab malas.
Tapi rasa macam sibuk je satu, dua hari ni.

Mula-mula, baru aku ingat yang Mama aku dah mula pencen.
Seronok adik aku balik sekolah makan mama masak.
Aku dulu seronok gak makan umah tok aku.
Tapi air tangan ibu mesti paling kita suka kan.

Mama aku pencen awal, dia tahun ni baru 43 tahun umur dia.
Bila dia pencen, aku terus teringat abah aku pun makin berusia.
Tahun ni dah masuk setengah abad umur dia, 50 tahun.
Secara automatik aku juga rasa diri aku makin berusia, hehe.

Terlebih dulu, aku amat gembira United dapat masuk final Liga Juara-Juara.
Kalahkan Chelsea jahanam bawah Yahudi gila tuh! Huhuh..

Hari Khamis baru ni kan 1 Mei, jadi kami tak ada kelas lah.
Aku telah buat kerja gila pada petang Rabu tu ; pergi Paris. Seronok!

Jumaat ada kelas pagi saja, petang aku pergi beli barang lepas Solat Jumaat.
Malam lepak di bilik, main komputer saja.

Sabtu siang tengok bola, lepak McD sampai lewat petang.
Malam main bowling dan pool dengan budak laki La Rochelle.
Tak puas hati sebab masa nak habis main baru aku temui sentuhan kemenangan.
Kalau tak awal-awal dah dapat mata lebih 100. Ni 90 je, huhu.

Mahal gila main bowling malam Sabtu ni, bayar 8€80 1 permainan.
Main pool ambil 2 meja 8 orang sangat berbaloi.
lebih kurang 1 jam, setiap seorang main sekurang-kurangnya 2 kali.
Bayar 2€20 saja seorang. Kalau main meja yang pakai syiling, 2€ 1 permainan.

Apa-apa hal pun, duit sangatlah mudah untuk dihabiskan..
Sekali masuk kedai borong makan pun boleh.
Kami yang baru masuk elaun ni seronok je buang duit.
Jangan marah ek pembayar cukai pada kerajaan semua, hehe.
Duit anda kami pelajar JPA guna untuk benda-benda ni. =p

Aku rasa aku sesuai kerja yang banyak berurusan dengan orang, banyak komunikasi, cakap.
Sebab aku suka sangat cakap dan aku boleh cakap dengan hampir semua peringkat umur.
Dan aku rasa aku sentiasa tahu cari apa untuk dibualkan dengan sesiapa sahaja.
Aku juga sangat gembira dan seronok bila bercakap.

Lidah lebih tajam dari mata katana atau pedang samurai..

Aku dah tak berumur belasan tahun, kena buang lagu Nirvana tu.
Tak ada ke lagu 'Smells like twenty spirit'? Hehehe.

Tetiba rasa nak jiwang balik, jadi dengar lah lagu Istimewa dari Indigo ni.
Teringat iklan syampu dalam TV dulu, guna lagu ni.
Aku tuju lagu ni untuk maharani jelitaku.. Wahai jelita kau istimewa!

Aku tak tulis lagi catatan perjalanan aku ke Barcelona dan Madrid.
Asyik tertangguh saja, Insya Allah aku akan tulis secepat mungkin, gambar pun ada.

6 commentaires:

fsj a dit…

hei mung, wahaha!
akhirnye mu update juge :D

lengoh aku bukok tadop mende se pun.

mende maksud 2€ 80? bakpe kene ade 80 kat belakang? lambang € tu duk selepas nombor? ke 80 tu maksud ye sen?

Anonyme a dit…

woit!. pulang balik duit cukai yg aku bayar kt gomen. hehehe..

bila dh masuk 20an, terasa diri mula nk tau tanggung jawab, amanah dn kawen.. hehe. baguslah. ada org yg dh 60an terasa nk jadi remaja semula. huhu

shinichi a dit…

wahaha btol6..bab2 perabih pitih kejak je op! isy tensen ak

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
style org sini tulis gitu..
80 tu sen laa. 2€80 mcm RM2.80.
jam pun dia tulis 15h30 kalu 3.30 petang contohnya.

@ cikgu jawe
tiap kali tengok name cikgu jawe, tringat kat cikgu KH kite.
die orang jawe, orang panggil dia waq.
dia lawak gile, same ngan anak die sorang yang gile2. ha ha ha
err.. cikgu jawe gitu gak ke? =p
trima laa hakikat duit cikgu kami bazirkan.. wahahahahaha

@ duang
yep.. duit nok dpt bukan senang.
tapi nok prabih snang gile.
money is not everything.
but everything is money!

HafizAdam a dit…

weh2 simpan sket pitih, blanje ak..
ak pun de saham jgk duit ko tuh..

victoire a dit…

hek eleh..
mu pun penggelap duit rakyat gok.
ha ha ha

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?