samedi 10 mai 2008

Menghitung hari ke ulangtahun ke-3.

Salam sejahtera semua.

Aku tulis ni dalam tren balik ke La Rochelle. Sebenarnya aku pening dan geram dengan blogspot ni sebab semalam dan kelmarin aku tak tahu apa di mana sialnya aku tak dapat terbitkan tulisan aku. Akibatnya terpaksa aku berleter panjang sikit kat sini, huhu.

Sedih sangat rasanya nak balik ke La Rochelle tinggalkan Cik Dah. Padahal akhir bulan ni kami akan jumpa lagi di Paris dan awal Julai aku akan balik ke Malaysia, boleh lagi jumpa dia. Seronok sangat dapat lepak kat dia selama 4 hari ni. Dia memang antara mak cik aku yang aku suka dan sangat rapat selepas arwah Mak Yu, Al-Fatihah. Sebab dengannya aku aku rasa tak kekok bercerita dan berkongsi cerita.

Semalam hari Sabtu. Aku keluar dengannya pagi tu, kemudian tengah hari kami balik solat zohor, nak ambil bas ke KFC dari studionya. Syukry, pelajar JPA kat Nancy pun akan join kami. Baik dia banyak tolong kami. Naik bas, sampai je kami bantai KFC lepas tu Cik Dah ni tak habis lagi beli baju untuk anak dia Amar dan Arash serta suaminya tercinta, Cik Sal aku. Dia ni memang gila membeli-belah. Aku rasa baju anak dia, dia dan Cik Sal yang dibeli kat sini lebih dari dukup untuk seminggu pakai kot.

Haa, ada benda menarik sikit masa kami makan KFC tu. Ingat tak tadi baru aku cakap Cik Dah ni seronok untuk berkongsi cerita dengannya. Entah macam mana terkeluar kisah cinta dengannya. Sebabnya dia tanya Syukry bila nak kahwin. Kemudian giliran aku pula. Aku jawablah aku ni budak lagi, nanti dah sampai masa aku tempah lah muka depan Utusan.

Mereka tanya, ibu bapa aku tahu tak pasal aku dengan bakal bini aku tu. Aku cerita aku malu nak bagi tahu, dan mereka tak tanya. Bagi Cik Dah dan Syukry, kalau dah bercinta sejak 3 tahun masuk tahun ke-4, eloklah ibu bapa aku tahu. Nanti tak kan nak kahwin atau bertunang baru bagi tahu. Kata-kata dan pengalaman mereka buatkan aku sedar bahawa sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum kahwin atau bertunang, ibu bapa mesti tahu.

Sebab kadang-kadang boleh jadi sangat sukar bagi kedua ibu bapa untuk terima hakikat anak mereka dah nak kahwin dan mereka terpaksa melepaskan anak mereka. Ya, ada ibu bapa yang sangat mengalu-alukan anak mereka akhiri zaman bujang. Tapi ada juga yang sukar menerimanya. Cik Dah kata, dia selalu tanya mama aku dan mama aku macam tak tahu. Tapi aku rasa macam dia tahu.

Ibu bapa aku kurang berminat soal cinta anak-anak. Tapi mak saudara serta pak saudara aku hampir semua berminat pasal aku, Shahir dan Ja. Sebab kami bertiga merupakan 3 cucu pertama Ustazah Hindon kot, hehe. Bagi aku, kalau ibu bapa aku tanya, aku akan jawab. Tapi kalau aku nak bagi tahu, tunggu aku dah stabil dulu. Maksud aku belajar belum habis, tahun asas lagi sekarang.

Tapi bagi Cik Dah dan Syukry, bila aku dah berusia 20 tahun, dan dah 3 tahun kami bersama, ibu bapa kena tahu. Bakal ibu bapa mentua aku dah tahu pasal kami sejak 2006 lagi sebab mereka rajin tanya anak dara mereka tu. Aku pun dah beberapa kali bertandang ke rumah mereka, kadang-kadang mereka ajak makan di luar. Tapi ibu bapa aku, aku bawa balik bakal bini aku tu raya kat rumah sekali hari tu, mereka tak berminat pun tanya. Pada hal sebelum tu tak pernah ada kawan perempuan aku beraya kat rumah.

Tengok lah tak pasal-pasal aku memandai berleter pasal kahwin. Umur baru 20. Tapi jangan lah marah aku, aku cuma terfikir setelah bercakap dengan 2 orang yang lebih tua dan berpengalaman dari aku tu. Yang buatkan aku terfikir ni sebab ada betulnya kata Cik Dah dan Syukry tu. 3, 4 atau 5 tahun lagi aku dah nak kahwin kan, hehe.

Hari ni Isnin cuti umum lagi kat Perancis ni. Ikut hati mahu je aku berada di Nancy lagi tapi aku nak rehat di bilik sebelum mula kelas. Tidur puas-puas pagi tadi sampai dah tak boleh tidur lagi pukul 10 tu. Bangun lepak, layan Bella kat TV3, Cik Dah la ajar aku ni. Aku mula tengok dari awal, sekarang baru masuk episod 16. Makan tengah hari sedap gila aku masak sup kambing hari ni. Lepak layan Bella, malamnya baca mekanik sebab esok ada ujian.

Oh ya, semalam aku letih gila sebab kejar tren. Kurang ajar punya metro, ada gangguan sampai aku terlepas tren Paris-La Rochelle. Tren dari Nancy-Paris, kemudian aku kena ambil Paris-La Rochelle. Nasib baik cuma tambah 3€ untuk tiket seterusnya. Tapi memang separuh nafas aku lari, kejar tren mula-mula tu. Pucat gak muka tengok tren dah lepas, tapi nasib baik aku tak mati akal, dapat tren 15 minit kemudian.

Baiklah, aku nak tidur dulu. Esok kelas awal dan banyak gila. Jam 8 hingga 12, kemudian jam 1315-1615 seterusnya 1630-1830, semuanya subjek saintifik, mahu pecah ini kepala.. Ha ha ha!

Erm, pasal kahwin tu buatkan aku terfikir sebab 2 orang yang aku sembang tu, Cik Dah dan Syukry bukan calang-calang orang. Seorang bakal jurutera tahun depan dan seorang lagi Doktor Falsafah dalam Bioteknologi.

-Aku tulis ni dalam tren semalam, tapi hari ni baru aku terbitkan di sini-

7 commentaires:

NuRuL a dit…

yeah..1st!!!
Seeloknya bagitau ur parents bro..
jangan jadik cam sorang anak kawan mak saya.. maknya kecik hati sangat bila mak2 sedara dah tau pasal gf anaknye..tapi anaknya tak bagitau lagi kat dia sebab segan cam awak nih lar!!!
jangan pulak jadik cam saya..dah putus cinta..menangis..melalak...baru citer suma2 kt mak..huhu.
err..saya tak lar sampai ke tahap melalak yer.haha!!!
oh..ya..awak pon minat lagu poison yer..saya suka bangat lagu itu..rasa semangat jer dengar walaupon tak tau apa maknanya..hehe!!

fsj a dit…

k riey, aku tak bace lg entry ni, sebab aku baru je dpt masuk blog mu arini, smlm tah nape die cakap blog mu tak wujud. mu boikot aku ke? hahah
nnt aku bace, aku komen mula :)

Anonyme a dit…

eyt,keje dulu bru pk psl kawen daa...
hehehe

victoire a dit…

@ nurul
yup, memang nak dia tau..
tapi nanti da stabil baru cakap kat dia.
lain la kalu dia tanye skang, jawab la. hehe
so kalu dia nk tau, sila tanye kalu tak jangan harap anak dia bagitau buat mase ni, kih3.

@ fathen
aku pun ade probs nk post smalam..
dok tau bakpe blogger bengong,huhu.

@ mia
ye ye ye..
sebab tu saye tak bagitau.. hehehe

Amy a dit…

waaa pjg nnye post2 kriey..heheh. btw, my blog reopened for viewing

victoire a dit…

kak amy!
lame nye tak dengar kabar..
u must be busy kan.
jarang da tulis entri skang ek. hehe

fsj a dit…

kriey- hurm, termenung jap aku bace entry ni, aku rase tak salah kalo mu nak pikir pasal ni, pikir la. mende baik, bukan mende tak baik, at least mu ade niat nak kawen ngn mia, bukan memain ati perasaan org, so age is just a number, what's the matter now is- mu sudah bersedie utk berpikir ape yg sepatutnye. aku kagum ngan mu :)
ok, yg penting, skg belajo molek. dah sedie tuh, citela slow2 kat mak mu, at least mak mu tau.ok, jage diri, jage iman, jage batas :)

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?