Oh, musim bunga yang sangat panas. Terbakar dek kepanasan dunia. Kalau di musim sejuk, sekali mandi 3 hari. Tapi kali ni, 3 kali mandi satu hari. Terasa segar badan ni bila kena air dan gel mandi DKNY yang dapat percuma beli wangian DKNY Be Delicious yang dibeli tatkala jualan murah 'Boxing Day' di London 2006, 10 pound sterling potongan. Bau epal segar diiringi air. Bila air membelai badan, rasa macam nak bermastautin menetap di bawah paip air. Sungguh nyaman.
Aku mara, aku jalan lebih 1km dari tempat aku mula nampak.
Dah dekat, aku tanya orang apa benda ni. Dia cakap kolam renang. Aku sedapkan diri, mesti dia maksudkan bangunan hijau yang panjang, bukan yang berkubah. Kan dalam gambar pertama ada 2 bangunan beratap hijau. Semakin hampir, kali ni aku tanya seorang lagi, aku tunjuk betul yang berkubah, dia juga kata kolam renang. Aku keras kepala, kuatkan naluri hati. Pergi kat pintu memang kolam, huhu. Cibai, lain kali buatlah kolam renang rupa kolam renang, jangan rupa masjid.
Tak apa letih jalan nak cari masjid. Moga diberkati Allah. Aku jalan balik 1km tadi untuk ke tempat mula-mula aku nampak benda ni. Kali ni aku jalan tanpa arah tuju sampai terjumpa satu restoran Tunisia. Aku tanga pekerja dia kat mana masjid, dia bagi arah betul. Jalan lagi aku 1km, mungkin lebih. Mahu tercabut kaki aku. Masjid tak ada rupa masjid langsung. Buruk tapi tak mengapa. Seronok sebab masa solat, kami semua rapat, bahu bersentuh. Terasa hebat ukhwah islamiyah itu.
Masa dengar khutbah, Cik Dah telefon aku. Penting, tapi aku tak nak sia-siakan pahala Jumaat aku. Aku terima panggilan dia tapi aku tak cakap, biar dia dengar khutbah harap dia faham. Tapi dia tak dengar kot sebab dia telefon lagi. Aku sms saja. Penting sebab Cik Dah mesti nak balik, nak kunci bilik. Solat lepas tu tak khusyuk. Mula, aku lupa niat makmum, nasib baik masih rakaat pertama, boleh mula balik. Masa rakaat kedua baru kusedar aku tak niat jama dengan Asar. Kena lah tunaikan Asar pada waktunya.
Lepas solat aku balik ke bilik, Cik Dah tunggu di luar. Lepas dia solat, kami keluar. Bukan main jauh kami jalan cari EGIDE, tempat dia nak ambil elaun dia. Rupanya tutup. Kaki aku memang lenguh sangat, kami jalan masuk kedai-kedai baju. Dahsyat dia beli baju untuk dia dan anak-anak. Baru aku alami sendiri macam mana kaum hawa ni bila membeli-belah.
Gambar bawah ni Nancy jam 530 pagi dah cerah tu.
Petangnya kami balik, Cik Dah masak, kami makan. Lepak di bilik sahaja malam. Baru kusedar aku hamba yang terlalu teramat lemah. Solat Asar pun nak qasar. Tuhan bagi macam-macam nikmat, dia cuma minta 5 waktu, Asar cuma 4 rakaat aku masih malas sanggup qasar. Huhu. Buat renungan bagi diri yang lemah ini.
Au revoir, semoga jumpa lagi!
3 commentaires:
Kalau makcik give up dah ... balik rumah teruslah jawabnya dari berjalan mencari masjid... kira you kuat semangat untuk beribadat , bagus tu.
Bab shopping memang orang lelaki jauh ketinggalan.. hehehe.
takpe..perjalanan jauh untuk beribadah itu pasti mendapat berkatnya kan..saya respek sama anda..hehe
@ silversarina
selagi ada kudrat kite cube, hehe.
kalu tak larat nak wat cam ne kan.
lagi pun sebab saye free memang tak ada halangan masa tu.
shopping ni, orang perempuan memang hantu, hehe.
@ nurul
hehe, skali2 excercise buang lemak yang memang tak berapa nak ade ni =p
Enregistrer un commentaire