jeudi 8 mai 2008

Nancy hari kedua.

Hari ni aku dan Cik Dah terbabas tidur bangun pukul 9, Subuh gajah. Mana tak nya, semalam aku tidur pukul 1 lebih. Dia dah tidur awal, pukul 11 kot, tapi masa tu tak masuk Isya lagi. Jadi aku kejut dia jam 1 pagi untuk Solat Isya kemudian telefon suami dia, Cik Sal aku di Penang nu. Kami tidur bali dekat pukul 2.



Masa musim bunga dan musim panas memang waktu Solat sangat mencabar di sini. Subuh masuk pukul 340 pagi habis pukul 6. Isya masuk pukul 12 malam. Tapi pagi tadi tu kes terpencil saja, sebab dia tak biasa tidur lewat dan aku tengah letih sangat, kalau tak mesti terbangun.

Pagi kami keluar, aku teman dia beli baju untuk suami dan anak-anak dia. Aku jadi tukang cakap, dia tak cakap Bahasa Perancis. Tak lama, kami balik bilik, bagi dia rehat sebab dia cakap sakit kepala. Beli kebab untuk makan tengah hari, tapi tak sempat makan sebab 10 minit sampai bilik, kawan dia pensyarah di Nancy, Marie datang jemput makan di rumahnya.

Aku pun tumpang sekaki lah. Aku, Cik Dah dan Normi seorang lagi saintis USM, kami bertiga orang Malaysia dan Marie, suami dia Mathieu serta kakak ipar dia bertiga orang Perancis. Kami lepak sampai petang, lebih kurang 5, 6 jam di rumah tu. Ni budaya Perancis, kalau terlanjur makan dijemput di rumah orang, paling kurang 5 jam lah.

Seronok makan, borak sambil bersantai menikmati sinaran mata hari. Cewwah, macam aku orang putih lak nikmati sinaran mata hari. Padahal orang putih bertiga tu saja yang nikmatinya. Hari ni gelaran hantu keju aku tergugat, aku tewas pada satu keju berkulat. Eeee. Aku tak boleh juga makan keju tu, hehe. Biasanya semua keju aku sebat.

Kenyang gila, makan banyak pusingan. Mereka sangat baik, ramah. Seronok borak dengan mereka. Aku pening kepala, kejap cakap Melayu, Perancis kejap Inggeris. Sampai aku tercampur sekali. Nak kata 'how they call it' jadi 'comment they call it'. 'Comment' tu sebut dia 'kommo', maksudnya 'macam mana' dalam Bahasa Perancis.

Aku tadi dalam dilema. Nak cakap Perancis dengan dia, Cik Dah aku tak faham jadi tak sopan lah. Nak cakap Inggeris dengan dia, aku tak sedap sebab macam tak hormat bahasa dia. Jadi aku bantai cakap semua bahasa.

Pening kami orang Malaysia bertiga, tak tahu macam mana nak minta diri nak balik. Akhirnya kami minta diri juga dan kami balik lah. Perjalanan balik kami terpegun dengan pemandangan indah di Lorraine ni. Sayang kam cuma nikmatinya dari tingkap kereta, tak turun tangkap gambar dengan kamera.

Petangnya Cik Dah dan Normi bawa aku jalan sekitar satu taman bunga dan dataran di Nancy. Banyak aku ambil gambar tapi guna kamera Cik Dah, kabel dan pembaca kad memori dia tak ada. Cuma sikit gambar guna k800i aku.


Dalam gambar mula-mula tu aku dengan Cik Dah aku dan yang bawah ni aku bolot seorang diri. Lepas pergi taman bunga, kami balik kejar nak solat Asar. Sampai bilik kami rehat, aku tolong Cik Dah tempah hotel untuk dia lepak Paris sebelum balik Malaysia. Aku akan bawa dia jalan-jalan sekitar Paris. Katanya nak cari beg tangan Louis Vuitton. Aku akan bawa dia ke Champs Elysees lah nanti.

Dia duk balas dan baca emel dia, aku curi baca sekali lah, hehehe. Lawak baca emel pelajar dia hantar tanya pasal eksperimen, nak guna minyak soya ke minyak apa entah satu lagi, macam-macam. Paling menarik, keluarga aku buat perhimpunan besar-besaran di Langkawi, tok kesayangan aku, Ustazah Hindon serta semua anak, menantu dan cucunya kecuali aku akan sertainya. Sedih di hati bukan kepalang, apakan daya aku berjihad di bumi Perancis.

Ikut hati panjang lagi nak aku berleter di sini, tapi aku paksa diri agar henti. Nyesal tak tangkap gambar banyak-banyak guna k800i aku tadi. Tak apa, esok-esok balas dendam.

Cik Dah ni suka sangat tanya pasal bakal bini aku yang seorang tu. Tadi dia nak tengok gambar, malu-malu kucing siam aku tunjuk, hehehe. Sedar tak sedar dah dekat ulangtahun percintaan kami, macam tak percaya dah nak masuk tahun ke-4 kami bercinta. Rasa macam baru lagi berkenalan. Pelbagai rintangan kami tempuhi bersama. Jarak menambah rasa sayang dan rindu, jarak juga menjadi penjaga kami.

20 commentaires:

NuRuL a dit…

wah..saya orang 1st!!!
Cik Dah awak nih awet muda yer...ngan anak sedaranya lebih kurang sebaya saja yer..hehe.
Tangkap larr lagi gambar bunga banyak2..mesti best mata dapat memandang bunga-bunga yang cantik-cantik itu..
Err..tak nak letak ker gambo bakal bini awak tuh kat sini..haha

Nurul Nadiah a dit…

cantiknyaaaa bunga2 itu!
haishhhh..
geram sungguh!
=)

fsj a dit…

wahaha, baru je aku nak komen mende lain .
tp last paragraph tu buat aku jadi nak komen yg tu je. wahahah!!

malu malu kucen pulap. tunjuk jela, :D

victoire a dit…

@ nurul
abih sume cikgu berjangkit penyakit cikgu jawe, ngeee.
isk.. malu laa nk tayang.. saye ni kan malu2 kucing orangnye, hehe.
nanti da ilang malu letak ek =p

gambor bunge memang slalu letak.
sebab ni kan musim bunge, mmg suke snap gambar bunge..

@ nadia yuna
heh, kalu geram pi la cubit, hehe.

@ fathen
komen ape? komen jek.. hehe
tu smalam aku tayang doh ke dia..
ngeee

victoire a dit…

ohh yaa..
dia bukan awet mude tapi memang mude agik.
baru 34 taun tak silap. hahaha
da anak 2 pun

NuRuL a dit…

owh..memang muda lagi..
sebenarnya saya nak cakap gini
"anak sedaranya yang nampak tue"
hehe..jangan marah bro..marah2 lagi cepat u nampak tue..muahaha.
eleh..malu2 pulak :P..kitorg nk tgk muka 'adik ipar' nih

Anonyme a dit…

ooooooo.. ngumpat aku ye. nak kena budak jawa gganu paris nih. hihi

aku tak mau komen gambakal bakal bini dia. tapi aku tertarik ko kata waktu solat tuh. aku terbayang le kalau masa ni bulan ramadhan. huhu berapa jam mau tahan weh..

Anonyme a dit…

aku tak mau komen gambakal bakal bini dia.

adeh! salah taip. gambar bakal bini.. hehe

haaaa.. nak ngata aku lagi le tuh. haha..

victoire a dit…

@ nurul
heh, bukan tua tapi matang. ha ha ha
alasan bagi orang tak sedo diri da makin tue =p

@ cikgu jawe
alamak kantoi lak ngumpat cikgu.. larikk!

sini memang mencabar gile kalu kene pose time summer, spring.
tapi seb baik kalu summer bole balik pose kat Malaysia sebab cuti.
tapi kalu pose time winter, subuh masuk kul 730 pagi.
maghrib kul 5 petang.
bapak best..

Nurul Nadiah a dit…

kalau cubit munge tu nnti mati la die.. saya nak petik je, pastu letak dlm air.. tengok ari2.. mesti best!=)
if munga itu ade depan mate skg
mesti tersenyum lebar nih!
sebab saya sangat2 suka munge!
cantik je..

Nurul Nadiah a dit…

ohh..
lupe nak cakap..! btw..
thanks 4 da comment tadi

victoire a dit…

@ nadia yuna
ooo.. gitu ek geram bunge.
sbab pengalaman saye geram kat budak cubit pipi, hehehe.
memang sedap sangat mate memandang bunga warna warni

wénkt a dit…

dah potong rambut pendek ke?

hayad a dit…

aah, cek budak USM dulu.tp tak knl la lec merangkap mkcik ko tuh..ehe

ynf a dit…

sape yg tpon tanye kfc hari tu? huahuahua

Anonyme a dit…

dah 4 tahun dah?
hehe

ada lg 80 tahun utk kekal bersama (amin)

zlaa a dit…

K-riey, kat sana panas tak? Sini, panas giler..

victoire a dit…

@ wenkt
tak potong =p
yup da nak masuk taun ke-4 la nih..
apsal 80 taun ag?

@ hayad
ooo.. hang USM dulu..
slalu la pekene nasi kandaq la ni..

@ yana
ye saye.. huahuahua!!

@ zlaa
panas gile yang amat sangat kak..
berpeluh2 even tak pakai jaket.

Anonyme a dit…

gr gr gr..
hahahaha
eyt
nk bli LV gk nnt dz dec ey
ur ck dah sgt awet muda
cayalah
mtk r petua ngn dia beb..
hehehe

victoire a dit…

awet mude? ha ha ha
pape je laa.
nak LV gak ek.
isk, botak la ur hubby nanti =p

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?