Para guru semua, mereka adalah semulia-mulia insan. Alangkah bahagianya insan bergelar guru ni sebab mereka ada ramai anak didik yang doakan kesejahteraan mereka.
'Salam.slamat hari guru..wish u al d best 4 evrythn n wana say thx alot 4 evrythn.words cant dscrbe n n0tin can repay ur evry 'jasa' 2 me.wt a tcer ur 2 me!'
Balasan apa yang aku tulis di atas sangat berat bila dibaca. Terasa nak patah bahu aku bila baca balasannya. Huhu. Aku rindu akan sambutan hari guru di sekolah. Main sukan, macam-macam acara bersama para guru.
.jpg)
Tadi aku cari balik gambar lama masa hari guru terakhir aku sebagai pelajar sekolah tahun 2005 dulu. Ada lah beberapa gambar aku sertakan di sini. Dalam mencari gambar tu, tertengok gambar lama aku yang dulu. Dengan keluarga dan kawan-kawan.
Di sini aku sertakan lagu tema GTO(Great Teacher Onizuka), tajuknya poison. Dengar lah kedua-dua versi yang aku letak tu, sangat sedap kedua-duanya. Aku tak jumpa lagu apa lagi yang berkait dengan guru. Aku letak lagu ni sebab dengar lagu ni, aku teringatkan guru dan sekolah aku.
.jpg)
Guru paling rapat dengan aku rasanya guru Bahasa Inggeris aku masa tingkatan 4 dan 5, Teacher Salmi. Mula rapat sebab dia guru bahas aku. Dia juga ambil berat pasal aku. Kan aku kaki ponteng, dia rajin sangat lah panggil aku, kadang-kadang telefon sampai ke rumah, sampai ke mak abah aku dia cari aku bila aku ponteng, hehe. Dia ni teramat sangat tak terkata banyak jasanya pada aku. Terlalu banyak sangat dia tolong aku walaupun aku ni 'kepala halian' nakalnya bak kata orang Terengganu. Sampai hari ni selalu kami berbalas SMS.

Kat SMKA Tok Jiring, ada seorang cikgu namanya Othman. Kami gelarkannya GTO sebab dia ni nakal-nakal, seronok layan kerenahnya, hehe. Dia teramat sangat baik dengan aku. Mula kenal dia sejak tingkatan 1, dia ajar Bahasa Melayu. Aku dulu kan nakal dalam kelas. Kalau masa hari ibu bapa datang tengok kad kemajuan, Cikgu Othman ni selalu ugut aku secara nakal, nak jumpa Abah aku nak bagitahu kenakalan aku. Kawan-kawan aku pun berpakat dengan Cikgu Othman ni, mereka akan cari dia bila Abah aku sampai. Lawak betul bila ingat balik.
.jpg)




Aku masa darjah 6, sempat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh di Setiu selama setahun tu sebab Abah aku kena tukar ke sana mulai akhir tahun 1999. Kat sini aku ambil UPSR, 3 cikgu utama aku ada gelaran aku reka untuk mereka ;
Cikgu Bahasa Melayu aku, Cikgu Rosli aku panggil Bruce Lee atau Steve Bruce (bekas kapten United, sekarang pengurus Wigan). Sebabnya mula-mula, ada kawan aku bapak dia nama Rosli kami gelar Bruce Lee. Ala, kan dulu selalu main kutuk nama ayah, hehe. Jadi aku aplikasikan gelaran tu kat Cikgu Rosli ni. Mungkin sebab ni aku dapat B penulisan UPSR aku kot, hehe.
Cikgu Matematik, Cikgu Luzi aku gelar dia 'Yob' atau Oleg Luzhny. 'Yob' sebab dia ni macam ayah pada Mat dalam kartun Kampung Boy tu, ha ha ha. Oleg Luzhny tu nama bekas pemain pertahanan Arsenal dan Ukraine. 'Luzhny' tu ada iras 'Luzi', sebab tu panggil macam tu.
Cikgu Bahasa Inggeris, Sir Faisal aku gelar 'Singh Gila'. Jangan salah faham, bukan aku kata dia gila. Tapi pernah sekali dalam kelas, dia tanya kami berkaitan 'singular' dan 'plural', kami jawab 'singular' tapi dia buat lawak tanya balik, 'apa korang kata singh gila ke?'. Hehe, seronok lak gelar cikgu. Tapi bukan kami cakap yang huduh atau buruk kan, sekadar suka-suka.
Kat SMKATJ, antara guru Bahasa Arab aku ialah Arwah Ustaz Wan Nordin. Ingat tak, dia lah yang meninggal masa peristiwa awal Muharram tahun 2005 hari tu, sekolah kami terkenal kejap pasal kes tu. Di sekolah, dia dikenali sebagai Ustaz Wan. Kang aku orang Tranung, jadi kami di Tranung panggil dia 'Ustak Wang' lah bila loghat Tranungnya. Kawan aku nakal panggil dia 'Ustaz Pitis'. Kan orang Terengganu panggil duit sebagai pitis, hehe. Al-Fatihah untuk dia. Ustaz Bahasa Arab aku seorang lagi, Ustaz Che Ku kami panggil Ustaz CK atau Calvin Klein, hehe.
Cerita dengan guru di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman I dan SK Durian Burung pun banyak. Nak cerita semua nanti habis dengan aku muntah tengok tulis panjang kat sini kan nanti. Aku tak pernah lupa pada semua guru aku dari darjah 1 sampai tingkatan 5, juga pada guru kelas bimbingan tusyen sekali. Dari Cikgu Zaki, guru kelas aku darjah 1 Ikhlas dan guru tingkatan, dia lah cikgu pertama denda aku. Ingat lagi dia tarik telinga sebab tak tulis nama kat buku, hehe. Semua cikgu tak pernah aku lupa, aku sentiasa ingat. Juga pada guru praktikal walaupun ajar aku sekejap, tapi ilmu yang anda curahkan tak ternilai terlalu besar nilainya.
Walaupun aku budak jahat kat sekolah, tapi aku rasa guru aku dah maafkan aku, sebahagian besarnya. Aku tahu sebabnya, tak perlu cerita kat sini, nanti aku yang rasa tekanannya. Nanti aku akan cerita suatu masa bila dah stabil, hehe. Sekarang bukan masa nak cerita lagi, kisahnya terlalu besar, tekanannya terlalu hebat buatku.
Apa pun, kepada para guru sekalian, tak ada bunga atau hadiah zahir dari aku untuk kamu. Sekadar Solat hajat, doa, Al-Fatihah dan bacaan Yasin mampu kukirim dari sini untuk anda. Doakan kesejahteraan aku juga wahai guru. Doa guru teramat makbul, terlalu berkesan.
Gambar semua dari sambutan hari guru 2005. Kualiti tak bagus, kamera VGA telefon Nokia 6260 je masa tu. Teringat kenangan zaman budak dulu, huhu. Maaflah letak gambar muka sendiri yang menyampah. Bukan nak letak, tapi sebab dah tak banyak gambar masa sambutan hari guru tu, ini je yang ada jadi letak saja lah kan. Hehe.
Apa-apa pun, selamat hari guru buat guru ;
Sekolah Rendah Sultan Sulaiman I (SRSS I) 95-96
SK Durian Burung 96-00
SK Kampung Buloh 2000
SMKA Tok Jiring 2001-2005
13 commentaires:
mak aii..panjangnye entry.
so sweet lar ada anak murid buat entry khas camnih..saya nak jugak..huhu
saya kira cikgu-cikgu anda mesti dah berbangga dengan kejayaan anda sekarang :)
dalam banyak2 gambo tuh naper awak jer yang tak bersongkok..hehe
semangatnya dengar lagu poison nih..:)
@ nurul
haa. da nak wat camne banyak nak cerita.
kalu layan nak cite sume kisah memang tak abih.
cikgu usha aa mane tau ade blog student cikgu dia tulis entry ke cikgu kot.. hehe
saye biase laa. kepanasan kan dalam pic tuh, sbab tu tak pakai songkokr.
mesti semangat dengar. name nurul sensei kang.
huhu.. kalau le aku tahu apa budak2 aku gelar kt aku..
ranggi metropolis on da way!
oh ye. tak ingat le peristiwa awal muharam ttg arwah ustaz wan. blh cerita balik?
@ cikgu jawe
bagi name ngan gaye cikgu.
ade laa gelarannye nanti, hehe =p
kisah Arwah Ustaz Wan Nordin tu ada sikit sebanyak di link ni ;
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1805102790779644476
agak detail gak cerita di sini.
eh, silap. ni link dia ;
http://ybrohani-ibrahim.blogspot.com/2005_02_01_archive.html
Fuhhh panjang nya kisah sekolah dan cikgu , bagus ebab masih ingat sebahagian besar nama guru, simpan data2 ni jangan hilang, sayang .
Agaknya cikgu pun ada yang gelar khairi kaki ponteng ..hehehe.
Thanks for sharing kisah cheese dan adab/adat French dalam kehidupan seharian.
btw, kalah makcik dah ni, tak terkejo nak baca entries yang makin kerap di update di sini , cheers!!
bukan maken kerap..tp mmg dah kerap ssgt..ade je ttiap ari. dah kalah aku dah...hahaha
ahaksss
beli satu novel kt mesia ni
catatan seorang guru besar
menangis kalau baca
khairi, ko abih skolah menengah 2 tahun lepas
aku dh abih 8 thaun lepas
dah byk aku lupa
kenangan cam ni buat aku nangis
hahah
bkpe muke aku lam gmbo pe bukan org je kriey?
haha
eh lupe nk komen pasal entry ko, hehe..
taun nih ak xsempat nk wat entry pasal hari guru. esok la kot, smpena smbutan kat koloh, hehe tu pun kalu de idea. ak tgh blank mikir sal exam.
pasal ustat wan tuh mmg sdey r, igt g ayt popular ye ngn budok asrama: ku sgka kan daun, rupenye ustat wan. isk3
gane2 pun, slmt ari guru lah ye..
dh 2 taun x smbut kat koloh..
huhu
@ silversarina
name cikgu2 tak penah dilupe..
lagi2 sebab kad kemajuan ade smpan, kan sume name cikgu ade..
ha ha ha..
tu laa pasal. entah ape laa kot cikgu2 saye gelar saye nih.
kisah cheese sket2 tu terlintas sbab makan, so terpikir.
@ ash
haaa.. sbelom tdo tulis dlu..
@ wenkt
novel tu cite pasal ape?
x caye lak ko da 8 taun tggal skul.
gile cpat mase berlalu kan.
knangan ape nk wat ko nangis?
@ cesc
bakpe lok aku dok spe orang nye..
doh tu aku spe nape? hehehe
ustat wan memang sedih bile ingat.
kang ye baik ngan lawok gile.
lawok slumber leng je tp dasat.
skali tengok ingat pokok, 2 kali tngok upenye ust wan. hehe
Al-Fatihah.
giler banyak nama2 cikgu yang ko ingat... dulu aku ingat gak nama2 diorg, tapi as time goes by, dengan tak kontek bagai, banyak yang ak lupa... just ingat2 muka je...
tapi mana yang rapat still aku ingat... yang lebih banyak meninggalkan kesan akan diingati kan...
uh? gay partner? statement2... huhu
Enregistrer un commentaire