mercredi 28 mai 2008

Alhamdulillah semua selesai!

Salam sejathera semua.

Yang saya hormati dan sayangi, warga La Rochelle sekalian serta pembaca yang amat saya hargai. Dalam tulisan saya pada kali ini, ingin saya cuba betulkan perselisihan antara kita dalam tulisan sebelumnya. Saya harap, tulisan ini berupaya menjernihkan kembali air yang dikeruhi.

Pertamanya, ingin saya pohon maaf pada warga La Rochelle. Lain kali tolong baca betul-betul, jangan cepat sangat menyangka diri anda yang saya tuju itu. Saya tulis dengan amat terang, Adalah seorang tu sentiasa ada di sekeliling aku, petikan berhuruf hijau ni dari tulisan penuh kontroversi link ini. Apa yang nak saya tekankan di sini, saya cuma salahkan salah seorang dari anda warga La Rochelle, bukan anda semua.

Saya rasa saya sudah cukup profesional dengan tidak menyatakan secara spesifik orang berkenaan, sebab saya menjaga kehormatannya. Saya juga minta maaf pada saudara Due, kerana tulisan saya telah mengelirukan anda, menyebabkan anda terasa. Bukan salah anda, ini konflik antara saya dengan seseorang tu, tak perlu saya nyatakan di sini akan siapa gerangan seseorang itu. Dan konflik itu hanyalah ketika tulisan kontroversi berkenaan ditulis. Sekarang semua telah diselesaikan secara aman.

Ini hanya salah faham antara kita berkenaan tulisan saya, wahai saudara Due. Saya cuba menyatakan secara umum akan ketidakpuasan hati saya pada seseoang itu, tanpa saya sedari saya telah menyebabkan anda terasa. Walau bagaimanapun, saya masih yakin akan tindakan saya dengan tidak menamakan seseorang itu adalah betul demi menjaga kehormatannya.

Sekali lagi Due saudaraku, ingin saya minta maaf di sini kerana telah menyebabkan anda terasa. Anda jangan bimbang, masalah saya dengan seseorang itu dah selesai. Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada saudara Due kerana sudi tampil bertanya dan tolong selesaikan masalah saya dengan seseorang itu. Anda memang berjiwa pemimpin, sanggup mencemar duli membantu saya salah seorang warga La Rochelle. Bukan anda saja, tapi semua warga La Rochelle. Layanan anda pada saya sangat baik.

Dan sahabat saudara saya semua warga La Rochelle sekalian, saya tidak sama sekali tuju tulisan kontroversi itu pada anda semua, cuma salah seorang dari anda sahaja, dan ia telah di selesai secara aman tadi.

Saya ialah seorang yang suka memendam perasaan tidak puas hati. Saya suka senyap, diam seribu bahasa kerana begini, saya akan lupa masalah ini keesokan harinya, seolah-olah segalanya akan bermula kembali. Tapi saya pohon maaf pada warga La Rochelle, cara saya membuatkan anda salah faham.

Saya sangat hargai keperihatinan anda bertanya akan masalah saya. Tapi saya ada hak untuk tidak menyuarakan sesuatu sesuka hati saya, untuk kebaikan bersama. Bak kata orang Inggeris, something better left untold kan. Saya sedar anda semua warga La Rochelle juga ada hak untuk bertanya dan pada masa yang sama saya punya hak untuk tidak menjawab.

Saya sedar, saya secara tidak langsung menutup hak anda bertanya. Saya juga manusia tidak lari dari kesilapan, pada masa itu saya benar-benar tidak menyedari bahawa saya telah menyekat hak anda untuk bertanya. Sekali lagi saya pohon maaf untuk kesilapan ini, iaitu telah menutup hak anda untuk bertanya. Terima kasih saya ucapkan kerana telah menyedarkan saya akan hak anda untuk bertanya.

Tapi dalam masa yang sama, saya pohon agar anda hormati pendirian dan hak saya untuk membisu, tidak menyatakan perkara sebenar kepada anda. Saya rasa sudah sangat betul tindakan saya untuk membisu itu.

Saya ke Paris pada 30 April untuk bertemu saudara Syazwan atau Wenkt bukanlah untuk berfoya-foya atau bersuka ria semata-mata. Saya tidak menghadirkan diri ke kelas pada pagi itu bukan suka-suka. Tapi saya benar-benar ada masalah yang teramat sangat besar pada hari itu, sehingga saya tidak dapat tidur semalaman.

Macam mana saya nak jawab ujian Madame Papon, buat keja amali mekanik dan kimia serta menghadirkan diri ke kelas Bahasa Perancis kalau saya sedang dibelenggu masalah yang teramat sangat besar itu?

Dan kenapa masih boleh ke Paris bersuka ria kalau ada masalah yang terlalu besar wahai saudara Khairi? Sudah saya nyatakan dengan jelas tadi, saya ke Paris untuk bertemu saudara Syazwan bukan untuk bersuka ria atau bermadu kasih. Tetapi kebetulan dia di Paris, dan dia, maksud saya saudara Syazwan, merupakan orang yang dapat membantu saya pada waktu itu.

Masalah itu perlu diselesaikan secepat mungkin ketika itu. Sebab itu saya terpaksa ke Paris secepat mungkin untuk bertemu beliau bagi mendapatkan bantuan beliau dalam menyelesaikan masalah saya itu. Dan Alhamdulillah masalah saya itu telah selesai dengan jayanya!

Sekali lagi, hormati lah pendirian saya untuk tidak menyatakan masalah saya itu, kerana masalah itu sangat besar dan boleh membuka aib saya. Sekali lagi, berhentilah dari menfitnah saya dan Syazwan ada hubungan luar tabii atau homoseks atau gay. Dia saya anggap macam abang kandung saya. Saya sangat selesa berkongsi masalah dengan beliau. Terima kasih Wan! Berani saya katakan di sini, selepas Amirah kekasih saya, Syazwan merupakan salah seorang dari orang kedua yang saya percaya dalam dunia ini.

Tolonglah warga La Rochelle sekalian, bukan niat saya untuk membelakangkan anda bila saya ada masalah, tapi hormatilah pendirian saya untuk tidak berkongsi dengan anda walaupun kita cuma sebelas orang sahaja di bumi Perancis ini. Saya ada hak, untuk bercerita kepada siapa yang saya selesa bercerita.

Sebelum saya mengakhiri warkah saya ini, ingin sekali lagi saya memohon maaf kepada warga La Rochelle terutamanya kerana menyebabkan anda salah faham. Dan masalah saya dengan seseorang itu telah selesai dengan aman, anda jangan bimbang wahai warga La Rochelle, terima kasih kerana sudi membantu!

Saya juga ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana telah menguji saya dengan masalah ini. Hikmahnya, saya semakin sayang akan sahabat saudara saya warga La Rochelle sekalian! Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya, dan ini lah hikmah musibah ini. Alhamdulillah berjaya kita selesaikan masalah ini dengan aman.

Oh ya, berkenaan tulisan sebelum ini. Bukan niat di hati saya untuk riak atau takbur, tetapi kadang-kadang, riak, takbur, mengumpat dan mengungkit diharuskan dalam kedaan tertentu seperti untuk menceritakan peristiwa sebagai pengajaran, atau untuk memerangkap orang yang bersalah.

Kepada Cikgu Jawe, saya wakili Due untuk pohon maaf atas kekasarannya dalam komen sebelum ini. Dia tak tahu Cikgu Jawe ni orang yang lebih berusia dan patut dihormati . Dia ingat Cikgu Jawe baya kami, hehehe. Ala, kami biasa lah bergurau dengan kata-kata kasar kalau umur sebaya. Kita sama-sama belajar dari kesilapan!

Ingin saya ambil kesempatan di sini untuk menyatakan, bahawa saya sangat kurang selesa dengan perbuatan menyumpah seranah seseorang itu secara terus. Saya sekalipun marah dengan seseorang itu, saya tidak nyatakan namanya. Ya, saya akui saya ada melemparkan kata-kata kesat kepadanya dalam tulisan kontroversi itu. Tapi saya tidak nyatakan namanya dengan spesifik, saya kira saya sudah menjaga maruah seseorang itu. Kalau kita marahkan seseorang, pada saya jangan lah kita sumpah seranah orang itu secara terus.

Sekian untuk kali ini, buang yang keruh ambil yang jernih bak kata P Ramlee dalam satu lagu dalam filem Madu Tiga tu. Yang dia nyanyi dengan bini dia di kandang kuda masa kena halau dari rumah Haji Bakhil tu. Nanti ada masa saya tambah lagu itu di sini. Saya suka lagu-lagu lama P Ramlee!

Tetiba rasa macam baru lepas buat sidang akhbar. =p

16 commentaires:

AK a dit…

er... er...
*nak komen ape nih!?*

LANTAK KOME LA!!!






-blogger-malas-jadi-wartawan-yang-
-banyak-bertanya-kepada-blogger-
-perasan-wat-sidang-akhbar!-

cheer up dude!

NuRuL a dit…

yeah...
buang yang keruh...ambil yang jernih..
mujur insiden gini tak mematahkan semangat awak untuk berblog ya kriey :)
hoyee...rasanya kalau buat sidang akhbar mau 3-4 jam kot awak bercakap..hehee

Anonyme a dit…

salam..

aku ok je khairi. takde marah ke apa pun. syukurlah masalah awak dh selesai. semoga lepas ni semua kembali tersenyum. =)

(kalau aku lbh tua pun, aku tak le sebaya atau lbh tua dr bapa kalian. mungkn sebaya abang2 kalian kot. jadi kiranya aku masih muda juga. wahahahha!)

saudagar gaRAM.. a dit…

cikgu muda lagi??


gua sokong..
serius beb..

salam tuan rumah..
hahahaaaa

victoire a dit…

@ kamal
isk..
tak paham komen ko.
yg last line je paham.
hehehe

@ nurul
ehehe. lega sume selesai.
tak tau aa kalu sidang akhbar da jadi mcm ceramah kot.
kan saye suke membebel. hehehe

@ cikgu jawe
syukur sume selesai.
hahaha.
baye abang pon tetap tue dari kami =p

@ saudagar garam
wasalam..

Mr A a dit…

ok sume dah selesai..syukur

utk Due, sori kalau mung terase ye. aku komen en general je.. aku tau aku x tau ape2, sbb tu aku bg komen as org luar yg mmg x tau ape2 ; dengan menyatakan sesuatu secara umum dan tak tuju pada sape2. sori kalau mung ada terasa, aku mintak maap banyak2 mintak ampun dunia akhirat. peace man!

khairul najmi yusof a dit…

assalamualaikum tuan blog.

nak panggil apa ek? rasa2 sy muda dua tahun. anyway sy nak komen pasal gay2 tu. hurm dulu pun sy pernah kena camtu. tapi ada kawan sy nasihat buat dunno jer. Tahniah ek problem ni dah selesai.

ayunimadarina a dit…

masalah yg menimbun hanya dapat diselesaikan dgn ketenangan yg cukup kuat!
ayu tahu kriey bole berdepan ngn sume ni!
kite tak tau kelebihan kite kalo takde masalah nk diselesaikan
*kite tak kuat tanpa ujian*

victoire a dit…

@ ash
ok setel sume 0-0!

@ khairnaj
khairi cukup. hehehe
da biase dengan gelaran tu..
saje je wat statement bagi clear.

@ ayu
welcome to my place!
thanks a lot for ur support ayu!

Mirae a dit…

hey,glad dat semua da settle.tp settle tu settle la ek,jgn ade simpan pape ag dlm hati.
haha.cm lawak je klo u ade scandal ngn wan.xseswai!

Anonyme a dit…

baru berjinak ngan blog ke khaey..
add on aa shoutbox..live sket..anyway,gaya tulisan skali baca mmg dok expect khaey ah..papepon nice dan betol2 dh matured ah khaey neh (read:pemikiran)..cuma put on some stuffs to make this thingy lagik menarik to baca..hehe

** p ramlee the musical sgt best!hehe

hayad a dit…

alamak! cikgu tak paham la ape ke hey nyer nih..hohoho

Tg.A a dit…

salaam.. ngee.. xmau komen psl ape yg jadi sbb i dunno the real story..

anyway.. i do agree with some people're saying that this is the 'pahit manis' in blogging.

i hate anonymous because they're such hypocrite and chicken...

go2 yie.. u can do this..

haa.. 1 more thing.. 'pondan'? daa.. all these years, i never thought so and it's such a stupid statement and i do believe all those ppl who called u that is not knowing u enough.

well.. what can i say.. kita mane bleh tutup mulut manusia kan..

cest la vie!

victoire a dit…

@ mia
apsal tak sesuai?
abeh skandal ngan sape then? hehehe

@ shera
aik, jauhnye orang durian burung bley sesat sini.
lame berzaman dulu doh blogging nih..
cume baru2 ni baru expose.
mule2 sorok2, tapi bile ramai orang jupe, sia2 sorok. hehehe

biase ltak pic, tapi ni entry berbentuk kenyataan mintak maap, dok sesuai ltak gambor.
konon2 mcm press conference laa ni.

@ hayad
hahahaha.
buat2 tak paham ye cikgu. =p

@ adik
yup stuju dengan adik!
kite provok sket terus tunjuk muke.
thanks for ut support adik.
kite membesor bersame.
kite lebih kenal sape kite adik.
mulut manusia memang dok leh tutup, huhuhu.
pape pon, Alhamdulillah sume slesai!

Anonyme a dit…

oo yeke..press conference?ape ingt neh ala2 press conference masa beckham kene 'kick' out from ManU pahtuh berhijrah ke real madrid ke?:p..memang ada gaya conference pon..blh hape nak sorok.kene ada code dia la..since khaey paka blogger..dan kebetulan org pom paka blogger,so tau la code dia.nnt org msg kat frenster..

wénkt a dit…

warna warni entry ni.. aku suka!

hahaha

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?