Ini merupakan satu fenomena normal dalam kehidupan kita. Let it be a worker, or a student, I think we can hardly avoid such situation. Situasi apakah?
Itulah situasi dimana ada 2 atau lebih orang yang mempunyai nama yang sama dalam populasi kecil sama ada kelas atau tempat kerja.
Masa tadika, tak pasti ada ke tidak. Masa darjah 1, ingat lagi dalam kelas saya 1 Ikhlas di SRSS1 tahun 1995, ada 2 awek bernama Hidayah. Cikgu kelas ketika itu, Cikgu Zaki panggil mereka Hidayah A dan Hidayah B.
Terngiang-ngiang lagi 'jentikan manja' cikgu ini ditelinga sebab lupa tulis nama pada buku. Seingat, inilah kali pertama didenda di alam pelajaran formal. Kali kedua kena ketuk ketampi sebab tak buat kerja Matematik, juga di tahun 1.
Masa tahun 2 ada 2 orang nama Alif. Alif Yusof dan Alif Azhan. Sebut Alif, orang akan tanya Alif mana maka disebutlah nama kedua yang berkaitan. Syakir pun ada 2 orang tapi kelas lain-lain, jadi tak ada masalah.
Banyak lagi kenangan pahit dan manis di sini, tapi lain hari kita cakap. Ini hari, kita cakap pasal krisis identiti.
Sepanjang pengajian di SKDB, ada 2 orang nama hampir sama. Izzat dan Izzaq. Tapi loghat Terengganu punya pasal, bunyinya jadi sama terus. Kali ni tak susah nak bezakan, macam biasa bila orang tanya yang mana, masing-masing ada nama kedua.
Masa tahun 6 kat SKKB, ada 2 kawan nama Arif dan 3 orang nama Ain. Yang Arif tak ada masalah sebab mereka di kelas berlainan. Tapi 3 Ain ni semua 1 kelas. Nasib baik kepala nama lain-lain. Jadi kalau tadi nama kedua jadi perbezaan, kali ni awalan nama mengambil giliran.
Tamat sekolah rendah, kita masuk sekolah menengah punya hal. 3 tahun pertama, ada 2 makhluk nama Aiman. Muhammad Aiman bin Kamaruzaman dan Ahmad Aiman bin Syafie. Jadilah Aiman Zaman dan Aiman Piee. Bukan Piee cekung yang berlakon Anak Mami tu.
Rushdi ada 2 orang. Seorang kita panggil 'Ustaz' sebab dia arif dalam hal ehwal agama. Seorang lagi kita panggil babulu entah sebab apa. Lebih bulu kot. Hehehe. Bab gelar orang ni memang seronok.
Hisham pun ada 2. Bila saiz kedua-duanya masuk kategori sama walaupun saiz tak sama, jadi nama bapa jadi mangsa. Hisham Burger(bukan sebab saiz tapi sebab ayah nama Ramli) dan Hisham Ali. Isk, rindu lawak spastik Sham Burger.
Kamu ingat kat sekolah rendah sahaja ke ada 3 orang nama sama dalam 1 kelas? Sekolah menengah pun tak nak mengalah. Masa tingkatan 3 ada 3 orang nama Hafizuddin dalam 1 kelas yang sama. Pidin Bean, Pidin Ramli dan Sesc.
Sesc budak asrama, dia dipanggil 'Sesc' sebab ada senior namanya Hafizuddin yang dipanggil macam tu dulu. Di 'derive' dari perkataan loghat Terengganu iaitu 'maseh' yang di 'derive' dari perkataan 'fasih'. Malas cerita macam mana dia dapat nama ni, panjang. 'Sesc' ejaan sempena Cesc Fabregas pemain Arsenal. Sebutan sama. Pidin Bean sebab dia lawak.
Satu lagi nama terkenal kat sekolah menengah, Hafizah. Yang ini pun ada lebih dari 3 tak silap. Kan bagus kalu 3 Hafizah ni kahwin dengan lagi 3 Hafizuddin tu. Hafiz Hafizah.
Banyak lagi cerita nama sama di sekolah rendah, menengah dan di tempat lain, tapi tak tercerita.
Ingatkan cerita ni berakhir di sekolah menengah sahaja. Sekali sampai ke Perancis cerita ini bersambung. 3 Alexis dan 3 Fabien. Dikalangan rakan-rakan, kami panggil nama keluarga mereka terus. Prof saja yang guna nama depan, lantas mereka akan kembali bertanya yang mana satu.
Dari kecil sampai ke UTP, aku cuma ada 1 nama. Tapi sejak ke Perancis, 2 tempat aku duduk, dah 2 nama aku guna. Kedua-duanya nama yang aku kurang suka. Dengan kata lain agak geli dan meluat. Tapi apa kan daya, kalau tak terkial-kial sampai berbuih mulut nak sebut nama aku.
Apa-apa hal, terima kasih Tok sebab bagi nama yang baik lagi sedap ni!
11 commentaires:
woh woh...xjumpe lagi org name same duk satu situation...kalo jumpe pun mesti lelaki.tssssk..kompem tade masalah la kan..sob.
haha,,
betol2,,
bile kami 'mengumpat' *opss* pasal batch korang,apabile tibe je part hafizuddin tu,memang konpem kami blur cuz banyak sangat hafizuddin.tension2...
hehe name aku gak yg ko sebut...
aku panggil dgn name yg btol kan? ? =D
sape agi turun masaf games ni eh? nk cari geng satu bilik......
Salam..
Lama sungguh tak mai sini =)
hahaha
abg masa memula kat Oz nama Sham.. tapi omputih panggil 'Sham as in sham in english word' pastu 'Shame' lah Sharn lah.. last2 tukar ejaan jadik SHARM baru dekat2 bunyik dia..
@ dinie @
hehe. tu la pasal.
ur d only holder of the name 'dinie' who is a girl so far i've met.
the other two are boys.
@ cik kiah
kalu nk ngumpat aku sure snang kan.
sbab tu pahala aku banyak.
bdk2 hafizuddin tu kena share 3 orang.
@ cesc
aku rindu padamu dan kelucahan mu.
@ ayen
mu gune nama feveret aku. hehehe.
sape ag? x sure laa.
@ nadia yuna
haa. wasalam
lame xdgr kabo. masing2 busy kot.
@ abg sharm
tu laa pasal.
mat2 saleh ni name kte payah je nk sebut.
x pasal2 saye jadi 'kay' pastu 'khai'.
x suke name2 ni.
emmmm teringat jugak kisah lama-lama, dalam kelas masa tingkatan 5 , taklah sama nama tapi hampir sama , kami berempat memang baik dan rapat... sarina ( makcik ) , salina, zarina, zalina ... sarina lepas tu ke US, salina ke UK, zarina dan zalina ke USM , lepas tu tak pernah jumpa sampai sekarang, rindunya .
selamat belajar !!
hish. samela. kau kena jentik telinga sbb lupa tulis nama time darjah 1.
aku kena sebat kat tangan sbb lupa tulis nama time darjah 2. kali pertama juga.
anyway,
nasib baik kau tak panggil aku
fan burger
kalau tidak aku lepuk.
haha.
dalam kelas aku pon ada dua nama marie ; marie jugé & marie zaragoza. ada dua albin ; albain cabalin & albain masao fernandez.
tapi..
fansurina tetap unggul.
sbb aku kacak lagi jelita.
@ silversarina
pergh, hebat gile name sme dkat2 sgt nak same.
sume hebat2 n berjaya.
terima kasih!
satu lagi fakta.. 3 alexis tu duk 1 umah!
@ fan
hahaha. kalu x ko ngan iman laa jadi mangsa.
da lepas daa zaman main name ayah.
zaman skolah je.
*sob*
lelaki lagi..--,
tolong la bagi name anak dinie supaya boleh menjadi kiut sperti saye*eh eh*
Enregistrer un commentaire