jeudi 26 mars 2009

Ku sangka ayam, rupanya sotong.

Tepat sekali perumpamaan yang mengatakan bahawa hidup ni macam roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah.

Kita sokong dia bermati-matian, sekali dia pijak kita habis-habisan. Dimuntah dari mulut buaya ingatkan dah selamat, sekali mulut harimau menanti.

Bukan main kita bersangka baik terhadap dia, sekali rupanya memang dia pembawa sial. Kesimpulannya, sentiasa lah siasat betul-betul sebelum apa-apa.

Seminggu lepas bukan main dah mula panas dan bunga mula mekar mengembang, jaket-jaket kembali dikurung dalam almari mengucapkan 'au revoir', sekali minggu ni kembali mereka peluk kita, 'bienvenue' balik.

Tapi sekurang-kurangnya tamat sudah kerja buat jalan. Tiada lagi debu..

2 commentaires:

Mr A a dit…

minggu ni mmg..sejuk je mmnjng. dah bajet² bleh pakai baju nipis skali kne slongkar balik almari nk cari jaket tebal. huhu
kesian ke mu yie, kne sokmo bnde² gni...huhu

victoire a dit…

isk.. jangan bimbang..
ni bukan aku sorang mangsenye..
sume orang Malaysia. hahaha

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?