Dengarlah suatu cerita. Sang kancil dengan buaya.
Sang kancil pun berjalan-jalan, sampai di satu sungai.
Nampaklah di seberang sana, banyak pohon buahan.
Segala buaya yang ada, beratur sampai sana.
Sang kancil pun melompat-lompat, mengira dengan cepat.
Satu, dua tiga dan empat, sampai di tepi sana.
Ada sesiapa ingat apa kat atas tu? Itu lah satu lagu yang aku belajar dalam pelajaran muzik masa sekolah rendah dulu. Masa darjah 2 atau 3 kot. Lagu ni macam lawak, sampai hari ni aku ingat irama dia.
Lagu ni tak selengkap cerita asal dia. Kan dalam cerita asal tu, sang kancil tipu buaya kata Raja Sulaiman nak tahu bilangan buaya dalam sungai.
Oh ya, kenapa banyak cerita binatang selalu guna 'Raja Sulaiman'? Adakah ini sebab Nabi Sulaiman A.S memimpin dunia termasuk dunia haiwan?
Dan satu lagi, ada sesiapa yang tahu sekiranya ada sebarang rekod mengenai penulis cerita-cerita sang kancil?
Projek gila aku ni kena buat kajian pasal fabel. Fabel biasanya cerita-cerita yang menggunakan haiwan sebagai watak dia. Jadi kalau nak kata cerita rakyat macam Hikayat Merong Mahawangsa tu, macam tak kena lah pulak.
Kepada cikgu Bahasa Melayu yang terbaca, pandangan anda amat dihargai. Definisi fabel dan contoh-contoh. Jangan bagi fabel Aesop, aku lekuk kepala kang. Fabel Melayu!
Rindu lak buku tebal cerita rakyat kat rumah. Dan sangat rindu zaman-zaman sekolah rendah. Pantang ada masa, ke perpustakaan lah jawapnya. Pinjam buku cerita rakyat atau novel kanak-kanak edusystem, atau novel-novel Enid Blyton yang diterjemah ke Bahasa Malaysia.
Aku siap ada 2 kad perpustakaan lagi. Boleh pinjam 4 buku. Kalau boleh aku nak lebih, tapi undang-undang tak mengizinkan. Jadi aku guna strategi keji iaitu menyorokkan buku yang aku nak pinjam di celah-celah rak. Atau menggunakan kroni-krono pustakawan. Hehehe.
Zaman sekarang baca Wikipedia lah. Tapi info dia tak tepat sangat.
Oh lupa. Aku harap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang, sepertimana era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad!
5 commentaires:
macam best jer kriey pasal sang kancil tu... ko ingat tak dulu2 ada kartun pasal sang kancil. yang perbadanan filem negara buat kalau tak silap aku ler. aku ingat kartun tu sebab waktu tadika lepas balik mesti ada kartun tu. aku pun tengok ler sambil makan meggi. binatang lain takde ker??? ko buat ler pasal bawang putih bawang merah. kan ada haiwan gak dalam tu. si ikan kaloi tu. betul ker ni??? aku tak faham sgt fabel tu apa...
hee...
lme da tak dgr cte sang kancil ni
next story??
'satu dua tiga ketuk! jantan betina aku lekuk!'
'semuanya brapa kancil??'
'Ada.. 9 ekor buaya yg bodoh!'
-ehsan tv pendidikan rtm suatu ketika dahulu.. ^^
haha!
stuju ngn ayat en adam spt d atas..
ngee
btw..dah bjaye siap belom les fables ituh? eheh..ta membantu la plak ari tu yeh..sori oh!..hehe..mayb ak masok 2nd year nt bile cours litterature..br btol2
analyser les fables ineh..
phieww..
*oh pengsann
:D
-aynaa besac-
@ khairnaj
kadang-kadang terpikir budak sekarang kenal tak kisah sang kancil ni semua ek.
bawang putih bawang merah aku tak pasti.
sebab apa yang aku nampak, fabel ni cerita dia memang haiwan yang bawak watak macam sang kancil.
aku pun tak arif sangat.
@ lily
heh baru stat blog ye mek.
@ adam
aah aku ingat.
biasenya kat tv pendidikan tv2 kan.
bahasa skema gile.
@ aynaa
laa. rilex.
da sangat membantu laa. hehehe
Enregistrer un commentaire