lundi 30 novembre 2009

My Novembre

Esok dah masuk bulan Disember. Kejap je dah nak berakhir tahun 2009 ni. Rasa macam baru lagi masuk kelas balik di awal September hari tu. Tup tap tup tap dah 3 bulan.

Baru ni aku bising duk mengerang kegeraman tak dapat praktikal selepas berbuih aku hantar surat. Akhirnya harini Alhamdulillah, nampak sekelumit cahaya matahari di sebalik mendung.

Aku dapat emel suruh gi Paris minggu depan untuk temuduga. Baru temuduga, belum konpem dapat lagi. Serabut sungguh nak bertemuduga-temuduga ni. Macam nak kena bersaing dengan calon-calon lain je. Dah lah kena pegi Paris, 2 jam lebih tu naik tren. Seb baik boleh claim hotel ngan tren. Rasa macam orang bekerja 'out-station' je, ecece.

Ikut hati, aku kurang minat praktikal kat Paris. Masalah pertama, nak cari rumah susah gabak. Masalah kedua, kalu jumpa rumah pon, sewa bulanan dia mesti mengalahkan harga sebuah meriam, bak kata orang Terengganu, 'mahal spe bedil' = mahal macam bedil.

Tapi bila mengenangkan nasibku yang setakat ni ditolak mentah-mentah oleh banyak syarikat, aku rasa apa salahnya pergi kan. 3 bulan jadi Parisien, macam cool je. Tiap-tiap hari makan kat Panda Wok masa rehat kerja.

Dan yang paling penting, praktikal dengan SNCF beb. Bukan syarikat kecil-kecil. Mungkin depa suruh aku pergi interview sebab tengok aku pernah praktikal kat SNCF taun lepas. Satu ag, praktikal aku ni wajib dibayar gaji oleh syarikat berkenaan dan JPA pun akan bayar.

Cakap macam dah dapat, padahal baru kena gi interview. Angan-angan mat jenin sungguh. Sesiapa yang membaca, doakan biar aku dapat yea.

7 commentaires:

.a.n.a s.y.u.k.r.i.a.h. a dit…

all the best! =)

lilylala a dit…

gud luck!!!
ak pom praktikal next year
tp tadop interview..
kat trengganu lop tuh
huhu

Keyrol Anwar a dit…

bon chances keri. eheheheh~
wah, hotel ngn tren leh claim~!
jpa siap bg elaun kot. kaya raya la korg masa stage kn?? :P

Anonyme a dit…

wish u luck!
:))

Amizah Azid a dit…

gud luck! intern aku dh nk abes dah.. tunggu nk buat final presentation yg mencuakkan je..

Mohd Syafei Ahmad a dit…

so cemana interview? Lepas tak? Dah setat keja lom?

victoire a dit…

@ ana
thanks a lot

@ lily
best gile praktikal kat ganu.
dekat ngan family

@ keyrol
duit tak menjamin kebahagiaan.
kat malaysia takde elaun pon lagi best dapat duk ngan family.

@ anon
thanks again

@ amizah
presentation lepak..
aku mase praktikal 1st year dlu Alhamdulillah ok je

@ abg sharm
interview intern je ni.
khamis ni baru interview

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?