lundi 5 avril 2010

Belajar, kerja, kahwin dan dot dot dot

Harini cuti umum, Easter Monday. Esok aku akan mula intern. Intern kat vibration room. Erh orang perempuan jangan salah anggap yea. Ni untuk menguji komponen perang macam camera infra red yang bakal di pasang di kereta kebal, jet pejuang atau helikopter. Test in extreme condition lah kiranye.


Jap lagi aku akan ke Poitiers, nak tumpang rumah member sampai Jumaat ni, 4 malam. Aku paling tak suka tidur di tempat lain selain katil aku. Tapi apa kan daya.


Patutnya aku akan berulang-alik dari rumah aku ke tempat kerja tiap-tiap hari. Ade 2 jenis tren, TGV dan TER. Hanya TGV je yang membolehkan aku sampai on time di tempat kerja. Tapi masalahnya, nak pakai pass bulanan TGV kena tunggu dapat kebenaran dari syarikat tren. Aku dah apply 2 minggu lepas, tak dapat lagi. Aku rase by this weekend Insya Allah dapat. So sebab tu minggu ni kena merempat dulu.


Aishh. Malasnyer. Nanti tiap-tiap ari kerja start kul 830. Kena bangun awal, ni paling aku liat. Tapi nasib baik spring ni mata hari keluar awal. Aku memang takleh tidur lena kalu ada cahaya matahari.


Sedapnyer budak-budak yang tak kena intern, diorang sedang bercuti spring 2 minggu. 2 minggu aku tak dapat cuti, not that bad. Sebab tu lah aku akan pilih Ecole atau Uni yang tak kena buat intern masa summer. Ini antara kriteria utama dalam pemilihan aku. Tak sanggup nak korbankan cuti sekurang-kurangnyer 2 bulan tu.. Kempunan nyah!


Pas abis DUT (diploma atau associate' degree) baru ni, aku masih sukar nak percaya hakikat yang dah nak habis tahun ke-4 aku di bumi Perang Cis ni (ni lawak arwah PCD=Pak Cik Din, dalam ruangan asal-usul nama tempat). Syukur sangat, Alhamdulillah aku dapat tamatkan benda ni.

Seriously aku cakap bukan senang. Test-test yang susah macam gampang walaupun stadi. Sebab banyak test nak tengok kemahiran berfikir yang memang susah untuk aku macam Sustainable Development dan Quality contohnyer. Sebab tu aku dah serik, nak masuk pure Mechanical Engineering balik bile sambung degree September nih. Kalu susah subjek saintifik pon tak susah macam benda yang aku cakap tadi. In fact result saintifik dan english yang banyak selamatkan aku.


Dulu ingat lagi, masa preparation nyaris aku kene repeat. Tapi aku yakinkan pihak berkuasa, yang jika diberikan aku peluang masuk IUT, aku akan dapat mulakan segalanya balik dan Alhamdulillah aku berjaya. Tuhan je tau betapa relief nyer aku rasa sekarang. Cuak gak takut tak berjaya.


Belajar kat Perancis ni, repeat dan kegagalan bukanlah bendasing. Susah, sangat susah dan mencabar sekali. Sistem dia yang menyusahkan sebenarnya. Markah hanya bergantung pada test semata-mata, takde assigment, kuiz dan benda-benda kecik lain yang boleh sumbangkan markah tolong. Ada gak sebenarnya, tapi sikit sangatttt!


Adehh. Sakit balik kepala yang lega bila memikirkan ade lagi 3 taun lebih. Orang laen duk sibuk nak buat Master. Aku yang JPA bagi buat Master terus free-free ni dah naik malaih. Umur 25 baru abih belajar. Aiseyhhh. Nak enjoy sebagai pekerja bujang, nak bawak Scirocco aku gi clubbing pas balik keje yang tensen ngan kawan-kawan lagi. Erh gurau jer, silap type.


Nak kahwen lagi. Ikutkan trend klasik ni, umur 30 baru aku kawen kot. Nak dapat anak lagi. Nak gak rase hidup ngan bini tanpa anak buat beberapa tahun. Tak mau aku anak aku kecik mase aku dah tua. Ish ish ish. Ponin kopale den.


Melalut lah pulak.. Her her her. Shuhhhh. Korang nanti sedap jer cakap kan, jangan pikir lagi pasal ni, habiskan belajar dulu. Tak leh pakai duh konsep ni. Zaman aku umur belasan taun dulu takpe laa. Ni tak sampai 10 taun lagi aku dah masuk 30. Hidup kena gak rancang-merancang bai. Bukan kehamilan je yang perlu dirancang. Yerr laa mesti ade yang cakap 'just follow the flow' kan. Piiiraahhhh itu korang. Ini aku...

6 commentaires:

shinichi a dit…

likes this post

rezak tobak pong mung eh
derah² la weh
adop mende gop pon nikoh belan blajo ni
cik faris coollll

AK a dit…

ini memang entri yang luah semua ni...
sampai mcm2 aku nak komen, sampai aku pon lupa...
err. napa gurls je takleh salah anggap pasal vibration room tuh haa?? tak paham...
lalalalala

middle name complicated a dit…

keri-25 tahun=master
dnie-25 tahun= degree.

best x sistem pendidikan msia??

lagipun, kuiz,test,kehadiran sume sume tu buat budak mual je,[egi klas xg klas, lulus semacam.
"berkualiti" sangat.

ecece.marah la ni.

victoire a dit…

duang : hahaha. yeke encik faris lepak? aku nok apply ni. siap dapat elaun lebih ag :p

kamal : alaa macam x biase lak ngan vibrator.. hahaha

dinie : hahaha. biase aa ade pros n contras. sini diploma 2 taun sbab tu laa kelas pack macam aramm.. sampai 40 jam sminggu.

patut syukur ade asaimen kuiz sume tu.. ni test semate2 mmg mampuihhh. hehe

ayenmlslogin a dit…

yie mg takdok TP ke?

victoire a dit…

ade jer..
tapi still test tp susoh gilerr..

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?