Hari ni aku mintak off dengan boss sebab konon nyer ade benda nak di settle kan. Macam-macam jugak, sebab kena tutup akaun bank, sekarang dengan bangga nyer aku jadi client HSBC.
Ceritanya begini. Sebulan lalu, ada orang menyamar jadi aku, call bank lama bodoh aku tu, untuk transfer duit 300€. Yeah, that bloody bastard successfully convinced my agent that it was me, pastu agent bodoh tu dengn yakin approve.
Once aku sedar duit aku hilang, aku bantah la. God damn it, mane logic transaction by phone, mane ade identitical prove untuk buktikan tu aku. Bank pon terpaksa bayar balik duit tu, dan menghalau aku. Hikmahnyer, aku discover HSBC yang lagi best.
Tak payah bawak balik duit cash untuk belanja di Malaysia, draw terus dari HSBC takde charge. Alhamdulillah.
So kelmarin aku dapat Visa HSBC aku. Arini boleh la test power tadi. Oh ya hari ni hari pertama Summer Sale. Dalam hati kecilku aku memang dah tak sedap hati. Kalu aku keluar, memang ada duit akan melayang.
Et voilà. 2 t-shirt dan satu beg Esprit, satu beg laptop Jules dan jeans Celio. Celio dan Jules tu aku tak pernah jumpa kat Malaysia, tapi tak silap aku kat Singapore ade. Semua brand ni femes sangat la kat Perancis ni, dan taraf mereka sama dengan Zara, Topman, Pull and Bear dan jenama seangkatan dengan nyer.. Brand cap ayam je.

Lepas ni no more back pack. Baru matang sikit gi kelas atau interview intern atau keje. Aku tak paham betul, sebab apa la aktiviti abiskan duit ni mesti best giler.
Haa nanti ade la mulut sumbang kata, 50€ derma kat kedai-kedai ni ringan jer tapi nak derma kat yang memerlukan tu susah. Buat amal mane boleh kecoh. Lagipon aku memerlukan benda-benda ni kan. Laugh out loud.
Pesanan buat penaja dan pembayar cukai : Sekali-sekala.. Dah aku belajar nak pecah otak untuk korang, bagi la can aku release tensen sikit ;p
Sorry la entry poyo sikit arini. Buang tabiat. Saja mencuba entry gini. Selama ni aku duk kutuk orang tulis benda gini, ni aku nak try terima kutukan tu. Hehehe.
4 commentaires:
adop butang Like ker? :P
hahaha..keri2...mu baru taw ke mengahabeskan duit sgt la membahagiakn hati dan sanubari????sesungguhnya shoping it mmg terapi minda yg terBAEKKK!!!! lol.
aku tgh dendam dgn hsbc mu boleh pulak suka hsbc. haha
sungguh jeles dah ni tengok ko shopping. aiseh kriey aku dah suka backpack tapi kadang betul gak nampak tak matured bawak bag mcm tu.
Enregistrer un commentaire