Hek eleh bising pulak kelas tak pack. Padahal sekolah tinggal 2 minggu je lagi kot pastu final exam seminggu dan cuti kelahiran Jesus mengikut orang katholik punya kepercayaan.
Haa Jumaat tengah hari dah start weekend? Itu adalah satu ekamatra. Eh satu rahmat. Sebab apa? Sebab boleh pegi semejid untuk semayang Jumaat la. Ni bukan macam UK atau US, dekat campus university ada prayer hall atau masjid boleh semayang jumaat pastu cepat-cepat pegi kelas.
Ini bumi sarkozy. Semua kena dipisahkan dari agama. Bumi sekular. Kalu aku ada kelas jumaat petang, babai la pak imam. Itulah serba sedikit ujian belajar di bumi kapir ni. Tu belum masuk bab kelas 8 pagi sampai 6 petang?
Haa senyap2 cari lah kelas kosong untuk semayang zohor. Tu pon kalu kena masa rehat. Kalau tengah-tengah kelas, kalu buat benda tak penting boleh laa kelentong keluar semayang jap konon nak pegi toilet.
Kalu tengah belajar signal processing yang susah macam gampang macam mana? Pilih antara dua. Semayang tengah kelas. Jangan lah tengah prof bagi lecture mu pegi semayang berdiri terang-terang kat belakang. Kalu buat gitu merasalah kena balingan duster macam masa sekolah dulu. Semayang duduk atas kerusi tu laa buat-buat as if tengah follow kelas.
Tak yah susah-susah lah. Balik semayang jamak sudah. Habis nak buat cam mana jarak kelas dengan rumah tak sampai 2 marhalah bang. Alaa tak payah lah amik jalan dekat pegi kelas. Pusing lah jauh sikit biar cukup distance covered tu 2 marhalah.
Mannna raa. Pergi buka kitab, ada satu jamak spesel la untuk kes cenggini. Tapi tak payah berangan dapat diskaun qasar lah ok.
Tu dia cakap agama feeling ustaz lah pulak. Pigidah. Tak pasal-pasal terbuka kitab lama. Balik pada topik asal. Aiseyh sorry lah tetiba ada writer block tengah-tengah menulis. Tunggu lah dapat ilham kite tulis balik.
Haa bila terguna 'kita' ni, tahukah anda, sesetengah Tuanku Sultan tidak menggunakan 'beta' sebagai kata ganti nama pertamanya? Baginda Tuanku guna 'kita' kadang-kadang, maksud aku sesetengah Sultan lah. Tak perlu aku dedahkan identiti Tuanku berkenaan.
Dulu masa tengok muvi 'Mr Cinderella' yang Yusry KRU belakon tu, aku ingat M Rajoli dengan Erra poyo je cakap guna 'kita' sebagai orang di-Raja. Rupanya memang realiti.
Satu lagi perkataan 'rare' dalam adat istiadat pertuturan golongan istana ialah 'nere', ni dialek Terengganu, kalau BM standard 'nera' lah kot. 'Nere' ni digunakan orang kebanyakan sebagai kata ganti nama pertama bila bertutur dengan golongan bangsawan, setakat pengetahuan cetek aku, untuk cakap dengan Tengku, dengan Raja, Nik, Wan semua tu tak tahu lah pulak.
Satu lagi kan, kadang-kadang golongan Tengku ni tak panggil bapak mereka ayah atau abah. Abis panggil apa? 'Bak' macam nekbak tu ke? Bukan. Biasanya panggil 'ku', derived from 'Tengku' lah.
Tapi serius, 'bak' tu pon macam ayah atau abah, guna untuk panggil lelaki yang bertanggungjawab diamanahkan Tuhan untuk kita wujud di dunia ni. Luar dari Terengganu tak pernah dengar orang guna, tapi di Terengganu femes jugak untuk golongan klasik, nowadays I doubt if it is still in use..
Nantilah aku ade baby aku suruh dia panggil 'bak' lah. Habislah budak tu suka makan nekbak nanti hahaha. Erm, 'ku' macam style jugak. Tapi adakah aku seorang yang didepan namanya ada 'Yang Mulia, Tengku..' a.k.a seorang 'Tengku untuk guna 'ku'?
Teringat pulak masa di sekolah dulu, kat sekolah aku kalau orang nama 'Tengku' naik pentas untuk ambil hadiah atau anugerah, macam style pulak pengerusi majlis tu sebut 'Yang Mulia' beb depan nama dia. Sekarang sejak duk bumi kapir ni dah lama tak dengar benda ni.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire