mardi 4 juin 2013

Mulut manusia bila membuat cerita.

Dulu mase bulan Januari tahun ni, aku dipanggil untuk pergi kelaut. Naik satu rig di perairan Terengganu yang mencarigali minyak untuk syarikat minyak nasional Malaysia lah. Rig berkenaan boleh dikatakan rig utama untuk aku, di mana aku ni merupakan salah satu permanent crew di rig tu.


Sebelum tu aku dah spent lebih 2 bulan atas rig tu. Rig tu memang best gilelah, takde sebab langsung untuk aku tolak dan aku memang happy pergi offshore ni, biase lah orang baru, belum bosan lagi.


Hari tu hari Sabtu, yang aku dapat call untuk naik hari Isnin, the very following Monday. Mase dapat call tu pagi, so aku dengan girang nye beli biskut kegemaran lead engineer aku, err sebab aku pon suka biskut tu, dia jugak yang perkenalkan aku dengan biskut tu. Aku naik sebagai 3rd Engineer, biaselah budak baru...


Nak dijadikan cerita, tengah hari tu aku mula batuk kahak nak demam. Aku pon cakap lah kat dia yang aku mula nak demam, tak dapat naik ni. Lead aku tu pon cakap lah, ok tak perlu naik. Pergi kelaut ni bukan boleh main-main. Kalau demam selesema dia tak bagi masuk keje sebab virus berjangkit kat orang lain, itulah yang berlaku last time aku naik 2 minggu sebelum kena panggil ni. Satu team kena demam selesema..


Pastu keesokan hari nya, aku memang lah tengah demam. Tapi pergi makan nasi lemak kat Putrajaya, silap aku lah letak gambar kat fesbuk. Apa lagi, mula lah salah faham kata aku tak nak naik, berfoya-foya je keje. Aku cuma dapat tau yang diorang judge aku melalui gambar ni lepas sebulan dari panggilan tu. Err salah ke drive pergi makan nasi lemak time demam kat Putrajaya?


Dalam hati aku memang sangat-sangat kecewa bila aku dapat tau sebegini rupa dia judge aku.. Tapi walopun dia judge aku macam ni, dia tetap panggil aku naik rig tu lagi. Tapi cuma aku kecewa lah, sakit hati pon ade.


Cerita kedua, baru ni aku pergi ke France selama 3 hari untuk selesaikan penghantaran barang-barang aku. Haritu masa aku habis belajar, kan mase tu aku belum pasti untuk sambung master atau balik for good, so aku tak hantar barang-barang balik ke Malaysia lagi lah.


Aku naik flight dari Abu Dhabi transit di London selama 8 jam sebelum ke Paris. So keluarlah dari Airport jalan-jalan sikit kat London. Tak kan aku nak goyang telur 8 jam kat Airport kot. Aku letak lah dua-tiga gambar dalam fesbuk, tu pon orang anggap aku berjalan-jalan bersuka ria...


Manusia ni yang tak baik je dia nampak. Dia tak nampak aku macam orang gile kepenatan berkejar-kejar pack barang, angkat kotak-kotak berat semua tu.. 3 hari korang bayangkan. Rush gile babeng punya. Dari airport nak naik tren, naik tangga, naik metro dengan luggage berat. PAstu dah sampai tu bukan boleh relax, pack barang, angkat kotak lagi, menunggu dan sebagainya.


Apa-apa pon, mulut orang kita tak pernah dapat tutup...



Aucun commentaire:

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?